Ahad, 27 Januari 2013

SPONGE MIX BLUEBERRY CAKE

Salam bahagia buat  semua...
Saya bercuti selama empat hari bermula hari  ini.Semalam  buat sebiji kek span demi untuk menghabiskan baki tepung sponge mix yang dah lama di buka.Kek yang simple sahaja dan di lapisi oleh krim putar dan blueberry filling.he..hee blueberry filing saya berbintil-bintil kerana tidak di kacau dengan betul...
SPONGE MIX BLUEBERRY CAKE
Sumber:kelas kek Sweetberry

Bahan-bahan
vanila sponge mix

  • 250 gm tepung sponge mix
  • 5 biji telur B
  • 75 ml air
  • 75 ml minyak masak
Cara membuatnya
  • Putar semua bahan sehingga kembang kecuali minyak.
  • Mula-mula putar dengan speed rendah kemudian tukar ke speed tinggi selama 5 minit.
  • Lepas 5 minit tukar ke medium speed selama 1 minit.
  • Kemudian perlahan-lahan masukkan minyak masak,kacau sebati.Masukkan ke dalam loyang 9 inci yang telah di lapisi baking sheet.
  • Kek ini juga boleh di bahagi dua adunannya di bakar berasingan untuk mendapatkan dua biji kek yang nipis jika tidak mahu memotongnya kepada dua lapisan apabila masak kelak selama 15-minit.
  • Bakar selama 30-35 minit(untuk 1 adunan kek) pada suhu 180'C sehingga masak.
  • Apabila masak sejukkan dahulu sebelum di letak topping.

Topping
*guna golden peak non diary whipping cream

  • Putar sehingga stiff peak menggunakan high speed .
  • Ambil blueberry fillling campur sedikit air dan kacau sebati .
Cara melapis kek
  • Kek di bahagi dua lapisan,dan di lapis krim putar sehingga rata seluruh permukaan kek.
  • Letakkan blueberry filling di atas krim putar dan lapis dengan sekeping kek lagi.
  • Sapukan seluruh permukaan kek dengan krim putar dan letakkan sedikit lagi blueberry filling di atas permukaan kek.
  • Gunakan nozzle pilihan masing-masing untuk menghias kek mengikut kreativiti sendiri.
  • Setelah siap masukkan ke dalam peti sejuk.Kek ini sedap di makan sejuk.  

5 ulasan:

  1. Salam ziarah Sue... waaaa hebatnya kek... cantek!!

    BalasPadam
  2. semoga silaturrahim ini sentiasa berpanjangan.thanks sudi ziarah dapur saya dan jadi kawan.

    BalasPadam
  3. Sdp nya tgk masakan akak masak smua.

    BalasPadam
  4. Assalammualaikum..t.kasih Puan Suzana.sudi kongsi resepi..semoga diluaskan lg rezekis serta dilimpahi keberkatan..

    BalasPadam