Isnin, 4 Februari 2013

KUBIS GORENG TELUR

Salam bahagia buat semua..

Kubis yang di goreng bersama telur ini sedap di makan bersama ikan  atau ayam goreng kunyit dan nasi putih.Saya yang suka makan sayur kubis(sebenarnya semua sayur pun saya suka)boleh juga makan sayur goreng ini tanpa nasi, itu pun sedap juga.Bahan-bahannya mudah saja dan tidak memerlukan masa yang lama untuk memasaknya.

KUBIS GORENG TELUR
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 4 helai daun kubis besar-potong kecil
  • 1 biji telur
  • 1 biji lada merah besar-potong nipis
  • 3 biji cili padi-di ketuk
  • 2 ulas bawang putih-di ketuk
  • 1/2 labu bawang besar-potong nipis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • sos ikan
Cara membuatnya
  • Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
  • Tambahkan sos tiram.Pecahkan telur dan kacaukan supaya menjadi hancur.
  • Tambahkan kubis,lada merah dan cili padi.masukkan serbuk lada hitam dan sos ikan secukup rasa.Goreng sebentar lagi sehingga bahan sebati dan kubis layu sedikit tetapi masih rangup.
  • Bolehlah di angkat dan hidangkan.

2 ulasan:

  1. dah try ..sedap la kak ..hehehe..suami mkn smpai licin.

    BalasPadam
  2. Terima kasih dgn resepi simPLe di atas. Mesti sedap ye kak.

    Ada masa jenguk blog saya di

    www.uptotheeaves.blogspot.com

    BalasPadam