Salam bahagia di pagi Jumaat yang mulia ini...
Setelah beberapa hari tidak menulis di sini ,saya kembali semula ke dapur maya ini dengan resepi Puding roti nenas.Saya menyediakan puding roti ini di dalam acuan kecil-kecil supaya senang di makan.Boleh juga di bakar di dalam loyang yang sesuai dan kemudiannya di potong.
PUDING ROTI NENAS
Olahan:daridapursuzana
Bahan-bahan
7 keping roti potong empat
1 cawan susu segar
1 cawan susu cair
1sudu teh esen vanila
1 sudu besar jus pekat oren sunquick/mangga
1 tin nenas tin(gegelang ) atau nenas kiub
3 sudu besar marjerin-cairkan
3 biji telur -di pukul
1/2 cawan gula/susu pekat manis
mixed fruit secukupnya
secubit garam
Cara menyediakan
- Satukan telur,gula/susu pekat dan marjerin.Pukul sebentar.
- Tambahkan susu segar ,susu cair ,esen vanila,jus pekat oren sunquick serta sedikit garam dan gaul sebati.
- Celupkan roti dan susun dalam bekas yang sudah berlengserkan marjerin.Lapiskan dengan potongan nenas dan mixed fruit.
- Ulang sehingga roti habis dan di bahgian atas hendaklah di akhiri dengan lapisan nenas dan mixed fruit.
- Bakar selama 35 minit pada suhu 190'C.
- Sejukkan dahulu sebelum di potong.
Meriahnya puding roti dia... mesti anak-anak suka ni, ceria sekali!
BalasPadamhee..hee masa buat tu dalam hati ada taman!meriah la warnanya!
Padamassalam
BalasPadamsedapnye, kaya buah2 yg semua akak suka he he
buat kecik2 camni nampak comel dan mudah nak makan
waalaikumussalam...betul tu sedap di makan sejuk-sejuk.
Padam