Salam bahagia buat semua...
Hari ini saya nak entrikan satu lagi resepi dari ubi kentang yang saya kongsikan resepinya dari Blog Sinaran menu-Puan Ros.Tart kentang yang saya buat di isi dalam acuan yang boleh di makan terus dan tak perlu di potong-potong lagi.
Sebelum ni saya tak tahu pula cara betul nak simpan ubi kentang supaya tahan lama.Bila letak sekali dengan bawang rupanya ia cepat rosak.Cara menyimpan ubi kentang supaya tahan lama yang saya jumpa tipnya kat Majalah Saji ialah bungkus ubi kentang dengan sebiji epal di dalam kertas dan simpan di dalam peti sejuk.
Sumber:Puan Ros-Sinaran menu blogspot.tq!
Bahan-bahan
- 5 biji ubi kentang-kupas kulit dan parut halus
- 1 biji karot-kupas kulit dan parut halus
- 1/2 biji bawang besar-di parut
- sedikit potongan daun bawang
- 2 batang crab stick-potong kecil
- 1/4 cawan susu
- 3 biji telur
- 1 sudu besar tepung jagung
- Mozarella cheese secukupnya
- garam dan serbuk lada putih secukupnya
Cara membuatnya
- Campurkan kesemua parutan kentang,karot dan bawang besar dalam satu bekas.Perah keluar airnya sebanyak yang boleh.
- Susu di pukul bersama telur dan tepung jagung dan tuangkan ke dalam campuran kentang tadi.Kacau rata.
- Masukkan daun bawang ,crab stick dan segenggam penuh mozarella cheese dan gaul sebati.Saya tambah 1 sudu teh gula untuk imbangkan rasanya.
- Sapukan mentega atau minyak di sekeliling muffin pan.Masukkan sesudu besar adunan ke dalam acuan dan letakkan sedikit cheese di atasnya
- Bakar dalam oven dengan suhu 190'C selama 20 minit atau sampai cheese bertukar keperangan
- Sejukkan seketika sebelum di keluarkan.
- Siap di hidang bersama sos pilihan atau di makan begitu sahaja.
salam ukhuwah..
BalasPadammenarik..
Thanks Rohah sudi jadi kawan dapur saya,semoga silaturrahim sentiasa berpanjangan!
Padamnice....banyaknya tart.
BalasPadamsatu adunan dapat banyak..kalau tak makan ramai-ramai lambat habis.
Padamsalam dari kak ros. Anak2 suka tak??
BalasPadamhee..he anak-anak makan sampai tak perasan ada sayur kat dalamnya!
Padamassalam
BalasPadamnampak sedap, comfirm sedapp ni bila berasaskan kentang
memang sedap bagi saya yang suka makan kentang ni..
Padam