Sabtu, 16 Mac 2013

BUTTER PRAWN




As-Salam buat semua..

Saya masak Udang Mentega ini mengikut teknik yang saya pelajari semasa menghadiri kelas masakan pada dua minggu yang lepas.Resepinya dari Majalah Rasa. Dah... tergaring pula telurnya dan bertambah-tambah crunchy la apabila di makan ketika masih panas-panas lagi.
BUTTER PRAWN
Olahan:daridapursuzana
Bahan-bahan

  • 125 gm udang saiz sederhana 
  • 4 biji telur kuning
  • 1 tangkai daun kari
  • 5 biji cili padi-hiris halus
  • 1 sudu teh gula
  • 1 sudu teh Maggi cukup rasa
  • 1 senduk mentega   
  • Minyak masak secukupnya
  • Tepung jagung secukupnya 

 Cara membuatnya


  • Panaskan minyak ,lumurkan udang dengan tepung jagung dan goreng udang hingga kekuningan. Angkat dan toskan. 
  • Panaskan  minyak dalam kuali dan masukkan mentega kemudian masukkan telur kuning dan kacau cepat dengan menggunakan senduk bulat sehingga telur menjadi bertali.
  • Kemudian masukkan daun kari ,gula serta serbuk Maggi cukup rasa sambil terus mengacau tanpa henti.
  • Padamkan api dan toskan kesemuanya di dalam penapis
  • Gaulkan juraian telur tadi bersama udang goreng.Siap untuk di hidangkan.


2 ulasan:

  1. Cantik kejadiannya butter prawn tu... saya dah banyak kali cuba tapi tak jadi jugak, akhirnya feed-up he he ehhh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hee..hee lepas la kalau nak makan kat rumah tu.kalau kat restoren boleh makan sikit je!

      Padam