Ahad, 14 April 2013

DAGING REBUS DENGAN DAUN SADERI

As-salam buat semua..
Saya suka makan daging rebus sebegini kerana ia di rebus dengan menggunakan api yang perlahan sehingga daging menjadi lembut.Lagipun hanya menggunakan air sahaja sebagai kuahnya.Daging yang di gunakan pula adalah daging yang bercampur dengan sedikit lemak.

DAGING REBUS DENGAN DAUN SADERI
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
250 gm daging   
1 biji tomato-buang bijinya
1 biji lada merah-potong halus
daun saderi-di potong halus
2 sudu besar sambal belacan
sos ikan secukup rasa
1 sudu besar kicap manis
air perahan limau nipis/cuka
sedikit lada sulah

Cara membuatnya
  • Rebus daging dengan air yang mencukupi dengan api yang perlahan sehingga daging empuk dan lembut.
  • Bila masak,toskan dan potong daging nipis-nipis dan masukkan kembali ke dalam kuahnya.
  • Tambahkan dengan semua bahan-bahan di atas dan gaulkan dengan kuahnya secukup rasa. 
  • Taburkan dengan lada sulah dan bolehlah di hidangkan. 

1 ulasan:

  1. Assalam suzana
    samacam ayah akak ni, pastu cicah kicap bawang dan cili memang sedappp
    mkn dgn nasi panas

    BalasPadam