Semalam saya baru kembali dari Kuala Pilah.Selesai sudah mengemas segalanya ,mengadap komputer sekejap untuk menghilangkan penat.Ku tinggalkan Kuala Pilah dengan hati yang sepi....mungkin dalam beberapa hari ni saya akan terbayang-bayang kan anak yang di tinggalkan.Tapi tak apalah,seperti yang Amie tuliskan,rela berpisah dengannya demi masa depan.
Ok, kembali kepada resepi hari ini, entri tertangguh sebelum cuti iaitu Kuih Sagu.Selalunya orang buat warna merah,tapi hari tu teringin nak buat warna lain pulak!...
KUIH SAGU/BRONOK
Resepi:Mas-duniaku
Bahan
1 cawan sagu biji kecil
2 cawan air
3/4 gula pasir - kalau nak manis lagi boleh tambah
sedikit pati sirap
1 helai daun pandan - untuk mewangikan kuih tu
2 cawan air
3/4 gula pasir - kalau nak manis lagi boleh tambah
sedikit pati sirap
1 helai daun pandan - untuk mewangikan kuih tu
Untuk salut
kelapa parut - secukupnya, gaul sebati dengan sedikit garam
Cara membuatnya
- Rendam sagu hingga kembang.
- Panaskan air, masukkan pati sirap, daun pandan dan gula, biar mendidih .
- Toskan sagu tu dan masukkan sagu kedalam air yang mendidih tu, kacau hingga sagu menjadi agak -agak pekat dengan api sederhana, kalau masih ada biji -biji putih,biarkan.
- Tuang sagu kedalam loyang atau acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak, kukus selama 20 minit dengan api sederhana atau sehingga biji -biji putih sagu hilang.
- Apabila sejuk, keluarkan dari acuan, kalau dari loyang potong ikut saiz yang dikehendaki dan salutkan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.
salam kak..
BalasPadammakan kuih sagu ni memang sedap kan..tapi saya belum penah buat lagi kuih ni..teringin jugak nak cuba buat..
cubalah Wana.kuih yang mudah untuk di sediakan.
Padam