Cheese kek yang saya buat petang semalam sempena meraikan ulang tahun ke- 20 tahun perkahwinan kami,sama tarikh dengan Hari Merdeka ke-56 semalam.Gambar antik di atas di rakamkan kira-kira 20 tahun lepas...saya sengih sampai ke telinga!.My bodyguard pula muka serius sampai la ni...
Mujur juga buat waktu petang,saya boleh biarkan ia satu malam dalam peti sejuk.Kalau buat pagi-pagi tentu saya dah tak sabar nak makan!.Pagi-pagi lagi saya cepat-cepat ambil gambar supaya my bodyguard dapat merasanya sebelum dia keluar.Siap pesan lagi,simpan sedikit untuk di makan bila dia pulang petang nanti.Saya dah tahu....dia adalah peminat cheese cake!..
Pada mulanya nak buat Cheese cake yang kosong sahaja tapi bila nampak Evelyn si cantik manis tu buat JCCCnya siap dengan corak marble dan di taburi Almond slice, nampak ringkas dan cantik pula.Terimakasih buat Evelyn kerana sudi berkongsi resepi kek yang cair dalam mulut ini...best!
MARBLE JAPANESE COTTON CHEESE CAKE
Resepi:mybakingworkshop.blogspot.com/Evelyn Gemina.thanks
Bahan-bahan
A
160 gm cream cheese
25 gm butter
120 gm full cream milk
B
40 gm tepung kek/ gandum
30 gm. tepung jagung
C
D
4 biji putih telur
1/8 sudu kecil cream of tartar
100 gm gula kaster
Secubit garam
E
E
1 sudu besar serbuk koko
1 1/2 sudu besar air panas (tambah jika kurang)
Cara membuatnya
- Sediakan loyang bulat bersaiz 8" (20cm). Griskan permukaannya dan alaskan dengan kertas minyak.Kemudian, balutkan loyang tadi dengan kertas aluminium.
- Masak bahan A guna double boiler hingga cheese cair dan pekat.Matikan api.
- Masukkan bahan B, gaul sebati
- Masukkan pula bahan C
- Gaul sebati adunan cheese tadi hingga sebati, ketepikan
- Pukul bahan D hingga pekat dan bertanduk.Masukkan adunan cream cheese tadi, gaul sebati.
- Tuang adunan kek ke dalam loyang yang telah disediakan.
- Satukan bahan E, tuang sedikit-sedikit ke atas kek dan swirlkan untuk membentuk marble.
- Bakar kek guna teknik water bath selama 40 -45 minit atau hingga kek masak pada suhu 160C, guna api bawah sahaja.
- Bila kek masak, segera keluarkan dari acuan dan sejukkan sepenuhnya.Hiaskan jika suka.
*Untuk memastikkan kek nampak cantik & tidak kecut, segera alihkan kek dari loyang dan sejukkan atas wire rack.Potong kek bila sudah sejuk sahaja.
Happy Anniversary Su...
BalasPadamhappy anniversary kak..
BalasPadamterimakasih di atas semua ucapan ini..
BalasPadam