Biasanya kalau saya buat kerutuk tentulah dengan daging atau ayam biasa tapi kali ini 'teman serumah' saya nak makan Ayam piru pula.Di Kelantan ia di panggil Ayam belanda.Macam biasa la kalau yang eksotik ni saya tak makan tapi bolehlah masak kalau ada yang nak makan.Jumpa Ayam piru kat Maidin, saiznya besar sangat. Mujur juga ada yang di jual peha sahaja tapi walaupun paha saiznya dah besar lengan.Cukuplah untuk si dia sorang makan. Menggunakan resepi Kerutuk daging dari Azie kitchen, inilah hasil Kerutuk ayam piru saya.
KERUTUK AYAM PIRU
Sumber:aziejaya.blogspot.com/thanks.
Bahan-bahan
ayam piru/daging-potong kecil
3 sudu besar rempah kerutuk
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar kerisik
gula melaka
asam keping
garam
santan
minyak
rempah penumis
Cara membuatnya
- Kisar semua bawang bersama halia.Panaskan minyak dan masukkan rempah penumis serta bahan kisar.Boleh juga jika sedikit bawang di hiris bagi menjadikan kuahnya bertekstur campuran bawang tumis.
- Masukkan rempah kerutuk yang di bancuh dengan sedikit air.Tumis sehingga garing sebelum di masukkan ayam piru/daging.Masak ayam piru sehingga empuk dengan api yang sederhana.
- Masukkan santan dan masak sehingga mendidih sebelum di masukkan kerisik,gula melaka ,garam dan asam keping.
- Setelah pecah minyak bolehlah di angkat.
salam kak..
BalasPadamnampak menarik juga kerutuk tu..tapi saya memang tidak pernah lagi makan ayam piru ( ayam belanda ).