Selasa, 3 Disember 2013

KEK PISANG COKLAT CHIPS

As-Salam buat semua...

Bulan November lepas adalah bulan paling banyak saya buat kek.Pisang pun tengah banyak,bahan-bahan tengah ada,anak-anak tengah selera nak makan,jadi yang tukang suka buat kek ni,pantang ada masa free,rumah pun dah bau kek!tapi kek pisang saya ni,semua coklat chip tidur kat bawah!.he..hee

KEK PISANG COKLAT CHIPS

Bahan-bahan
4 biji pisang emas
3 biji telur
1 3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung jagung
1 cawan gula         saya guna 1/2 cawan
1/2 cawan minyak 
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu besar coklat cip

Cara membuatnya
  • Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan ketepikan.Lenyek pisang hingga hancur.Panaskan oven.Sapu butter dan alaskan loyang kek.
  • Pukul telur dan gula hingga kembang,masukkan pisang yang telah di lenyek tadi.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul,masukkan minyak dan gaul rata.
  • Akhir sekali masukkan coklat cip dan gaul rata.
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar dengan suhu 200'C  selama 60 minit.(suhu dan masa membakar bergantung pada oven masing-masing.
  • Sejukkan kek terlebih dahulu sebelum di potong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan