Puding roti pelangi yang saya buat ini tidak di letakkan adunan plain di bahagian bawahnya seperti yang kita lihat di dalam blog-blog lain kerana saya mencampurkan semua warnanya.Saya membuat adunan puding ni separuh dari sukatan asal,jadi adunan ini tidak cukup untuk menjadikannya kelihatan dua lapisan.
PUDING ROTI PELANGI
Sumber:dari dapur Kak Yah
Bahan-bahan
10 gm serbuk agar-agar
500 ml air
3 keping roti
2 biji telur
3 sudu besar susu pekat manis
1 tin susu cair
1 sudu besar oren sunquick
1 sudu besar jus lemon
1 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar gula
Pewarna
Cara membuatnya
- Masak agar-agar dengan air hingga mendidih.
- Blender roti bersama susu cair, susu pekat manis, telur, gula, sunquick, jus lemon dan esen vanila hingga hancur.
- masukkan ke dalam periuk.Biar mendidih.
- Angkat dan ambil/keluarkan 4 senduk dan setiap senduk masukkan 1 warna.(plain, hijau, biru dan puple)/warna pilihan sendiri
- Tuang adunan plain ke dalam bekas dan tuang/titikkan sedikit demi sedikit adunan berwarna secara berselang seli di atas permukaannya sehingga habis.
- Bekukan dan sedia untuk dipotong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan