Rabu, 11 Disember 2013

RENDANG AYAM


As-Salam buat semua...
Ini baru kali pertama saya cuba membuat Rendang ayam.Orang lain dah bertahun dan dah puas makan Rendang ayam buatan sendiri, saya baru nak try buat.Selalunya makan juga rendang tapi kat rumah orang,time raya!.Rendang ayam ni saya buat untuk di makan bersama pulut kuning.Resepinya dari blog Kak Azie.Izinkan saya kongsikan di dapur ini pula.

RENDANG AYAM
Sumber:aziejaya.blogspot.com/.Tq!

Bahan A
1 ekor ayam
2 cawan santan pekat
1/2 cawan kerisik
2 helai daun kunyit-di siat
2 keping asam gelugor
gula dan garam secukup rasa

Bahan B(di kisar)
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
3 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
15 tangkai cili kering
15 biji cili api     jika suka pedas

Cara membuatnya
  • Ayam di buang kulitnya,di bersihkan dan potong kecil.Toskan.
  • Masukkan kesemua bahan kecuali kerisik,daun kunyit,garam dan gula ke dalam kuali besar .
  • Masak di atas api perlahan.Kacau sebati sehingga semua bahan bercampur rata dengan ayam.
  • Tambahkan kerisik,daun kunyit,garam dan gula secukup rasa.
  • Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang pada kegemaran masing masing.Tutup api, angkat dan hidangkan dengan pulut, lemang, ketupat.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan