Ahad, 29 Disember 2013

TART TELUR


As-Salam buat semua..
Tart telur ini mengambil masa selama empat hari untuk muncul di dapur ini.Ceritanya....hari pertama saya buat kulit tart atau tart crust/shell.Rupanya adunan kena biarkan selama satu malam kat dalam peti sejuk jika inginkan doh yang baik(tak perasan!).ok, bila dah perasan simpan dulu dalam peti sejuk selama satu malam.
Hari kedua.. buat tart crust/shell,bila siap penat sangat-sangat,simpan dulu kulit tart yang rangup ini (dah masak, 2 biji masuk mulut!) dalam bekas kedap udara.
Hari ketiga..barulah buat filing/intinya.Letak inti sikit saja ingatnya bila bakar ia melimpah keluar,rupanya tidak.Sebab tu lah nampak filling/inti telurnya sikit sahaja.Hari keempat,barulah ambil gambar.Panjang ceritanya!..
TART CRUST/SHELL
Sumber:Azlita masam manis

Bahan-bahan
170 gm marjerin atau mentega
50 gm gula aising
1 biji telur gred C
290 gm tepung gandum
1 sudu teh esen vanila
acuan tart

Cara membuatnya
  • Putar marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula.Jangan putar lama sangat.
  • Masukkan telur dan esen vanila.Putar lagi dengan senduk kayu.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  • Uli hingga menjadi doh yang lembut.Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.Untuk mendapatkan doh yang baik,masukkan doh dalam beg plastik dan simpan dalam peti ais semalaman.
  • Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart.Cucuk dengan garfu sebelum di bakar.
  • Bakar pada suhu 170'C selama 20-25 minit atau sehingga masak.
**Tart crust/shell ini kita boleh sediakan awal.Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama.Tunggu tart crust benar-benar sejuk sebelum kita letakkan filling tart telur.

TART TELUR
by:Zaidah
Sumber: Azlita masam manis

Bahan-bahan
1 tin susu cair F&N
1 cawan air suam
1/3 cawan gula pasir/ikut suka manis
1 sudu kecil esen vanila
4 biji telur gred A
sedikit pewarna kuning

Cara membuatnya
  • Kacau gula dn air suam hingga gula larut.
  • Bila gula dah hancur dan air telah sejuk,masukkan semua bahan yang lain dan kacau rata.
  • Tuangkan adunan ke dalam kulit tart yang telah di bakar terlebih dahulu tadi.
  • Bakar semula dalam oven dengan suhu 180'C selama 20 minit.
** Jika tart crust sedikit,buat hanya separuh dari sukatan bahan filling di atas.

1 ulasan: