Khamis, 26 Disember 2013

TOFU TELUR BLACK PEPPER


As-Salam buat semua...
Saya kena bertugas pada 25 disember semalam di mana semua orang bercuti dan hari ini tiba giliran saya pula bercuti di mana semua orang kembali bertugas.Macam tu lah rutin kehidupan saya  yang kadang -kadang tak sama dengan orang lain.Ok kembali kepada resepi yang nak di postkan hari ini iaitu Tofu telur yang saya masak untuk hidangan tengahari nanti.Dah lama tak masak Tofu telur,ramai peminatnya dalam rumah ni!

TOFU TELUR BLACK PEPPER
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
1 bungkus tofu telur-potong bulat
2 biji cendawan shiitake-potong nipis
3 ulas bawang putih-cincang
1 biji lada merah-potong halus
1/2 inci halia-cincang
1/2 labu bawang besar-potong dadu
1/2 batang karot-potong dadu
1/2 batang saderi-potong nipis
daun sup/bawang-potong halus
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos lada hitam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar serbuk cukup rasa Maggi 
air secukupnya-untuk kuah
tepung jagung-utk.pekatkan kuah
garam/gula secukup rasa

Cara membuatnya
  • Panaskan minyak di dalam kuali.Bila minyak sudah panas,masukkan tofu telur dengan perlahan-lahan dan goreng hingga nampak perang sedikit.
  • Goreng sampai habis dan toskan minyaknya.
  • Panaskan sedikit minyak lain dan tumiskan bawang putih,halia dan bawang besar hingga naik baunya.
  • Tambahkan sos lada hitam,sos tiram,sos cili dan sos tomato dan serbuk lada hitam.Tambahkan air secukupnya untuk kuah.
  • Masukkan saderi,karot dan lada merah dan masak sebentar lagi.
  • Tambahkan serbuk cukup rasa Maggi,garam dan gula secukup rasa.Pekatkan kuahnya sedikit dengan bancuhan tepung jagung.Padamkan api.
  • Akhir sekali,susunkan tofu telur yang telah di goreng tadi di dalam pinggan yang sesuai(saya letak dalam Hot plate).Curahkan kuah keatasnya.Taburkan daun sup/bawang.
  • Sedia untuk di hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan