Isnin, 13 Januari 2014

RENDANG KERANG

As-Salam buat semua...
Hari ini saya ambil cuti yang pertama dalam tahun ini.Azim request nak makan Nasi lemak dan minta saya buat Kek marble yang di sukainya.Pada mulanya kerang ni saya nak masak sambal untuk di makan dengan nasi lemak tapi saya dah buat sambal udang jadi saya olah kerang ni buat rendang pula.Menggunakan resepi rendang dari blog Kak Azie sebagai panduan,cuma bahan utama di gantikan dengan  kerang .

RENDANG KERANG
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
250 gm isi kerang
1 cawan santan pekat
1 helai daun kunyit-di siat
2 sudu besar kerisik
1 keping asam gelugor
garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar 
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
3 sudu besar cili kering kisar
3 biji cilipadi   jika suka pedas

Cara memasak
  • Isi kerang di bersihkan dan di toskan.Masukkan kesemua bahan kecuali kerisik ,daun kunyit,garam dan gula ke dalam kuali .
  • Renehkan dengan api perlahan sehingga semua bahan masak.
  • Akhir sekali masukkan bahan-bahan lain.Sesuaikan rasanya dan bolehlah di hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan