Isi durian yang di sejuk beku masih banyak dalam peti ais.Buat cekodok durian sudah,lepas tu saya buat bebola durian pula.Jom tengok resepinya..mudah sahaja.
BEBOLA DURIAN
Olahan:daridapursuzana
isi durian yang manis- di sejuk beku
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
air secukupnya
sedikit garam
sedikit pewarna kuning
minyak untuk menggoreng terendam
Cara membuatnya
- Ambil isi durian biarkan sebentar di luar hingga separuh beku.
- Bancuh tepung gandum dan tepung ubi hingga jadi adunan bater.Tambah sedikit garam dan pewarna kuning.
- Isi durian separuh beku tadi di buat bebola.
- Panaskan minyak untuk menggoreng terendam.Celupkan bebola durian ke dalam bancuhan tepung dan masukkan ke dalam minyak panas.
- Goreng hingga kelihatan garing.Angkat dan toskan minyaknya.
- Sedia untuk di hidangkan.
wow, best ni makan kak..sedap tu..lagi best kalau dapat makan 2-3 biji..nak sket..heheh..
BalasPadamboleh kalau nak sikit,bukan setakat 2-3 biji kalau makan tu sampai separuh pinggan he...he
Padam