Dah lama saya cuba nak buat Risoles ini selepas makan yang di beli semasa bercuti di Kuala Lumpur dalam tahun lepas.Tetapi bila tengok langkah membuatnya agak lama saya jadi malas nak mencubanya.Tapi lama-lama saya teruja juga cuba membuatnya bila time cuti dan angin tiba-tiba jadi rajin.Best Risoles ni dan ia menjadi kesukaan di rumah ini.Tambahan pula kalau makan masa panas-panas lagi.Rangup sahaja.Boleh di buat inti kentang atau inti ayam.Dua-dua pun sedap!...
RISOLES AYAM~
Oleh:Hidayatul Hafiza.Thanks.
cc .www.facebook/Buku resepi
Bahan-bahan inti
3 biji ubi kentang- dipotong dadu
*1 tin kecil kacang peas
*1 batang karot sederhana -di potong dadu kecil
3 biji ubi kentang- dipotong dadu
*1 tin kecil kacang peas
*1 batang karot sederhana -di potong dadu kecil
kedua-dua bahan *ini saya ganti dengan mix vege.
500 gm isi ayam di cincang atau 4 keping burger ayam
1 biji bawang besar dicincang halus
500 gm isi ayam di cincang atau 4 keping burger ayam
1 biji bawang besar dicincang halus
3 biji bawang putih, dicincang halus
3 sudu besar serbuk kari - jadikan pes campurkan dengan air
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak masak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak masak untuk menumis
Cara membuatnya
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu. Masukkan pes kari. Kacau seketika.
- Masukkan ayam dan kentang(saya rebus dahulu kentang dadu), dan mix vege.Masak sehingga air kering dan dan semua bahan empuk.Tambahkan dengan sedikit garam dan gula sebagai perasa.
Kulit Risoles
Sumber:Chik Mimi@qasehmu-abadi.blogspot.Thanks.
- dapat 25kpg guna pan 16cm
- dapat 25kpg guna pan 16cm
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
3 cawan air boleh gantikan dengan santan atau susu cair
secubit garam
sebiji telur
minyak untuk mengoreng
3 cawan air boleh gantikan dengan santan atau susu cair
secubit garam
sebiji telur
minyak untuk mengoreng
Untuk salutan
2 biji telur
breadcrumb secukupnya
Caranya membuatnya
- Masukkan semua bahan ke dalam blender,blend sehingga sebati.Adunan jangan terlalu cair atau pekat.
- Panaskan non-stik pan dan masukkan 1 senduk adunan buat dadar nipis,ulang sehingga habis.Ketepikan.
- Ambil sehelai kulit, masukkan inti dan gulung macam buat ketayap dan buat sehingga habis.
- Telur di pukul sebati,celupkan Risoles yang telah siap di gulung tadi,golek ke dalam bread crumb.
- Panaskan minyak dan goreng keemasan.Siap untuk di hidangkan bersama sos cili dan mayonis atau sos pencicah.
Assalam
BalasPadamYummy,
memang yummy,cubalah buat ralit kalau dah makan..
Padam