Ahad, 16 Mac 2014

PAU INTI KACANG MERAH


As-Salam buat semua..
Kuih pau ini di buat untuk di makan-makan pada sebelah petang.Saya buat saiz kecil-kecil sahaja supaya senang di habiskan dan bila buat sendiri letak pula inti kacangnya lebih sikit.

PAU INTI KACANG MERAH
Sumber:Ilham dapur.blogspot/pau 3S.Thanks

Bahan-bahan
1 1/4 cawan tepung serbaguna atau tepung gandum
110 ml air suam
1/2 sudu besar yis kering
1/2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil baking powder
3 sudu besar minyak masak/minyak sayur
1/2 sudu kecil garam
inti kacang merah secukupnya
kertas minyak secukupnya-potong 4 segi untuk lapik bawah pau

Cara membuatnya
  • Dalam bekas sesuai masukkan air,yis dan gula.Biarkan seketika dalam 1-2 minit.
  • Kemudian masukkan minyak masak dan kacau guna garfu.
  • Satukan baking powder,tepung dan garam.Kemudian tuang bancuhan yis tadi sambil di kacau guna garfu dan tepung melekat pada garfu.
  • Kemudian bolehlah di uli dengan tangan.Kalau adunan lembik,celup tangan dalam tepung atau tabur sedikit tepung dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan dalam 8-10 minit.
  • Tutup bekas dengan plastik/tuala sesuai dan rehatkan doh selama 30-35 minit atau hingga doh naik sekali ganda.
  • Sediakan pengukus.Ambil doh yang telah naik tadi dan tumbuk sikit untuk buang angin. 
  • Ambil doh sebesar bola ping pong dan leperkan sedikit,masukkan inti kacang merah dan tutup kemas.
  • Kemudian letakkan sekeping kertas minyak dan susun dalam pengukus.
  • Buat sampai habis dan rehatkan doh selama 10-15 minit.
  • Kukus dalam air yang telah mendidih selama 8-10 minit dengan api sederhana.Pastikan penutup pengukus di balut dengan kain atau tuala bersih agar air tidak menitis atas pau.
  • Bila masak bolehlah di hidangkan.

9 ulasan:

  1. terliur tengok macam nk buat lah sbb fav paste kacang ni..

    BalasPadam
  2. Sedap mkn petang dgn pau panas2
    Lama x buat he hee ank sy suka pau kaya
    Kalu buat mlm2 x sempat nk simpan esknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu,bila buat sendiri boleh makan panas-panas..lagi best kan.

      Padam
  3. Klu masak pau inti kcg mmg tak laku..klu inti kaya..laju jer anak2 mkn :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. he..he sebenarnya inti kacang ni,mak anak yang suka makan!

      Padam
  4. thanks sudi datang jenguk blog saya,nanti kita follow ye.

    BalasPadam
  5. gebunya pau..lama sya x buat pau ni kak..hilang sudah skill buat pau..huhu..

    BalasPadam