Ahad, 31 Ogos 2014

MERDEKA 2014...Malaysia, disini lahirnya sebuah cinta.




As-Salam buat semua...
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan negara Malaysia ke-57.Saya pula turut sama meraikan  ulang tahun perkahwinan yang ke-21.Disini lahirnya sebuah cinta 21 tahun lepas...Yang murni abadi sejati dan telah bercambah menjadi 3 warisan...............

Jumaat, 29 Ogos 2014

IKAN TONGKOL MASAK KICAP PEDAS

As-Salam buat semua..
Saya masak ikan kicap ni selepas mengintai resepi kat blog Kak Azie.Ikan Aji-Aji tak ada,jadi saya tukar dengan Ikan tongkol.Jadi lah jugak Ikan masak kicap yang sedap di makan denagn nasi panas ni.Kalau ada Ikan Aji-Aji seperti Kak Azie tentu lebih sedap lagi sebab isinya lembut saja dan kuah kicap tentulah meresap masuk dalam isinya.Let's try masak...

IKAN TONGKOL MASAK KICAP PEDAS
Oleh: aziejaya.blogspot.com/   Azie kitchen.thanks

Bahan bahan:
1ekor ikan tongkol saiz sederhana - lumur garam kunyit dan goreng
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu besar cili kisar
3 biji cili hijau - hiris
1/2 biji bawang besar - hiris
Garam dan gula
Kicap 
Sos tomato
Sos tiram
Sedikit cuka

Cara membuatnya
  • Kisar bawang-bawang dan halia.Tumiskan bahan kisar sehingga wangi dan dimasukkan cili kisar.Terus menumis sehingga cili kisar menjadi masak dan garing.
  • Masukkan sedikit air, kicap, sos tomato, sos tiram dan sedikit cuka. 
  • Masak sehingga mendidih.Akhir sekali, masukkan bawang dan cili hiris dan sesuaikan rasa.
  • Masukkan garam jika belum masin dan sedikit gula. Tutup api dan masukkan ikan yang telah digoreng dan gaul rata.

Khamis, 28 Ogos 2014

SAGU GULA MELAKA

As-Salam buat semua...
Sedap makan Puding sagu yang sejuk ni di waktu  cuaca panas.Ia lembut,kenyal dan di tambah pula dengan kuah santan dan air gula melaka.Santan boleh juga di gantikan dengan susu cair.

SAGU GULA MELAKA
Bahan-bahan
1 cawan sagu
4 cawan air
sedikit pewarna merah

bahan kuah
santan
sedikit garam
gula melaka
daun pandan 
air

Cara membuatnya
  • Rendam dulu sagunya lebih kurang setengah jam.Toskan.
  • Jerang air dalam periuk.Apabila airnya mendidih, masukkan sagu yang telah direndam dan pewarna merah.
  • Kacau cepat-cepat guna api sederhana selama kira-kira 7 minit atau sampai tidak kelihatan mata ikan.Mata ikan itu ialah sagu mentah yang masih kelihatan dalam biji-biji sagu yang sedang dijerang itu.
  • Lepas itu, padam api dan tuang ke dalam acuan kecil atau dalam satu bekas yang besar.Kemudian sejukkan di luar sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.
  • Sementara itu,sediakan bahan untuk kuahnya.Masukkan sedikit air(jika ingin pekat) ke dalam periuk kecil dan tambahkan beberapa keping gula melaka dan daun pandan.
  • Kacau hingga gula melaka larut.
  • Tapiskan dan kemudian di sejukkan.
  • Untuk kuah santannya pula,tambahkan sedikit garam dan kacau sebati.
  • Hidangkan sejuk.

Rabu, 27 Ogos 2014

DAGING BAKAR AIR ASAM


As-Salam buat semua....
Daging bakar ini sedap di makan dengan pencicah air asam dan nasi panas serta ulam-ulaman.Bakar daging dalam bentuk kiub supaya airnya tidak kering.Saya memanggangnya mengunakan dapur arang.Habis aroma daging bakar ada di keliling rumah...

DAGING BAKAR AIR ASAM

Bahan-bahan
daging batang pinang
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk cukup rasa
sedikit gula
sedikit minyak masak

Cara menyediakan
  • Daging batang pinang di potong bentuk kiub dengan ketebalan sederhana.
  • kemudian gaulkan dengan sedikit gula,serbuk  cukup rasa dan serbuk lada hitam dan serbuk kunyit.Biarkan seketika.
  • Akhir sekali panggang di atas dapur arang atau bakar di dalam oven .
  • Bila masak,potong nipis-nipis dan letakkan di dalam pinggan.


AIR ASAM
Bahan-bahan
1 biji bawang besar
1 biji tomato
5 tangkai cili padi/ikut kepedasan sendiri
3 biji lada merah besar
1 biji lada besar hijau
2 biji mangga muda-hiris/parut halus
air asam jawa secukupnya
sedikit garam dan gula
air limau nipis/limau kasturi
1 sudu teh serbuk cukup rasa

Cara membuatnya
  • Kisar bawang besar,cili padi,lada merah(buang bijinya) bersama air asam jawa,garam dan gula hingga hancur.
  • Tuangkan ke dalam mangkuk dan tambahkan tomato dan lada hijau yang di hiris nipis serta mangga muda.Gaul biar rata.
  • Tambahkan air limau nipis dan sesuaikan rasanya.
  • Bolehlah di hidangkan bersama daging bakar.

Isnin, 25 Ogos 2014

IRIS COOKIES

 As-Salam buat semua...
Bertemu kembali hari ini dengan resepi tertunggak.Biskut yang di buat beberapa minggu lepas duk terperap dalam folder.Biskut ni ada aroma kopi... harum saja baunya.

IRIS COOKIES
Resepi:Buku Festival  cookies-Puan Rozita Abdul Kadir.thanks

Bahan A
180 gm mentega
20 gm lemak sayuran
130 gm gula
1 biji kuning telur
1 suud teh serbuk kopi segera     saya guna serbuk nescafe
1 suud teh esen kopi

Bahan B
200 gm tepung gandum
100 gm tepung ubi
40 gm nestum
1/2 sudu teh serbuk penaik

Cara membuatnya
  • Putar bahan A hingga sebati,masukkan semua bahan B dan gaul sebati.
  • Canai doh dan terap dengan penerap pilihan,susun biskut di dalam dulang pembakar.
  • Sapu kuning telur dan hiaskan dengan kuaci dan coklat cip.
  • Bakar pada suhu 150'c selama 15-20 minit.
  • Sejukkan dahulu sebelum di simpan.

Ahad, 24 Ogos 2014

AGAR-AGAR KELAPA MUDA


A-s-Salam buat semua...
Mari kita buat agar-agar pula.Dah lama tak makan agar-agar,kebetulan masa mengemas barang dapur hari tu jumpa pula dengan serbuk agar-agar dan kelapa muda yang saya telah siap parut dan keep frozen dah 2-3 bulan.Masih lagi baik dan saya bercadang untuk buat agar-agar ini.Bahan-bahan sudah tulis kat atas jadi kita terus ke cara membuatnya. Let's try masak....

Cara membuatnya
  • Masukkan air dan serbuk agar-agar ke dalam periuk.Tambah gula secukup rasa dan sedikit garam.Biarkan hingga mendidih.
  • bahagikan agar-agar kepada dua bahagian.
  • Satu bahagian masukkan ke dalam periuk lain dan tambahkan gula melaka  dan sedikit pewarna coklat.
  • Bila gula melaka larut,masukkan kelapa muda parut dan angkat.Masukkan kedalam acuan pilihan.
  • Sejukkan sebentar dan masukkan ke dalam peti sejuk.
  • Untuk bahagian satu lagi,pecahkan telur dan kacau dengan santan dan masukkan ke dalam periuk sambil di kacau hingga rata.Sesuaikan rasanya.
  • Ambil agar-agar lapisan gula melaka tadi yang telah beku.Goreskan permukaannya dengan garfu.
  • Curahkan agar-agar lapisan santan di atasnya perlahan-lahan.
  • Sejukkan sebentar dan masukkan semula ke dalam peti sejuk dan bekukan.

Sabtu, 23 Ogos 2014

AYAM MASAK MERAH

As-Salam buat semua..
Ni dia Ayam masak merah yang saya sediakan untuk di makan bersama Nasi tomato yang resepinya saya postkan semalam.Saya jarang buat Ayam masak merah kerana anak-anak kurang menyukainya tetapi kali ini tak cukup pula.Biasa la tu,Azim kalau sedap makan sampai 2-3 kali.Tu yang jadi tak cukup!..

AYAM MASKA MERAH
Sumber:zalinah.blogspot.com/ ayam.thanks

Bahan-bahan
1 ekor ayam
1 pokok daun ketumbar
1/2 cawan kismis
1/2 cawan kacang peas
3 biji tomato-hiris
1 biji bawang besar-di hiris
2 batang serai
1/2 cawan cili kisar
1/2 cawan sos tomato
2 sudu besar tomato puri
1/2 cawan air
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan kisar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas
4 biji buah keras

Cara membuatnya
  • Ayam di gaul bersama kunyit dan garam.Goreng hingga kekuningan.Ketepikan.
  • Tumis semua bahan kisar,bawang besar dan serai hingga wangi.
  • Masukkan cili kisar,tomato hiris.
  • Masukkan tomato puri,sos tomato dan air.Perasakan dengan garam dan gula.
  • Masukkan ayam dan gaul rata.
  • Tambahkan kismis,kacang peas dan daun ketumbar.
  • Sedia untuk di hidang.

Jumaat, 22 Ogos 2014

NASI TOMATO


As-Salam buat semua...
Saya buat Nasi tomato ini setelah terjumpa 2 tin tomato puri dalam kabinet bahan makanan kering ketika membuat '5 S' dapur selepas raya.Masih valid lagi ,entah bila saya beli pun dah tak ingat,banyak sangat makanan tin yang masih belum di gunakan.Makan dengan lauk Ayam masak merah,Acar dan daging salai.'Best nasi ni' kata Azim ,jom tengok resepinya.

NASI TOMATO
Resepi:zalinah.blogspot.com/(Nasi).Thanks.

Bahan-bahan
4 cawan beras Basmathi-rendam 20 minit dan toskan 
5 cawan air   **sukatan air biasanya bergantung kepada jenama beras Basmathi
1/2 cawan susu cair
1 pokok daun ketumbar-hiris
1/2 cawan kismis
2 helai daun pandan
rempah tumis-kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih dan buah pala
4 sudu besar tomato puri
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak jagung
garam secukup rasa
1 kiub pati ayam     saya tambah

bahan hiris halus
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

 Cara membuatnya
  • Panaskan minyak sapi dan minyak jagung di dalam periuk letrik di atas dapur.
  • Tumiskan rempah tumis,daun pandan ,daun ketumbar dan bahan yang di kisar hingga layu.Masukkan air,susu cair,tomato puri dan sos tomato dan kiub pati ayam..Kacau rata.Angkat dari api dapur.
  • Masukkan beras,daun pandan dan garam(jika perlu).Tekan dan biar nasi masak.
  • Angkat penutup dan masukkan kismis.Gaul dan tutup balik.Biar sebentar dan 'keep warm".
  • Sedia untuk di hidangkan.

Khamis, 21 Ogos 2014

KEK CHIFFON COKLAT

 As-Salam buat semua...
Try buat Kek Chiffon coklat pula,untuk makanan sampingan waktu petang dan malam.Malam-malam kalau tidur lewat,perut mula lah berkeriut nak makan.Tu yang tahan nak kurus,asyik makan saja...

KEK CHIFFON COKLAT
Resepi :Tiffin biru.blogspot.Thanks

Bahan-bahan
4 biji kuning telur gred A
135 ml air
85 ml minyak jagung atau minyak masak
1/4 sudu teh garam halus
100 gm gula halus
135 gm tepung gandum
15 gm serbuk koko
1 sudu teh esen vanila
1 suud teh baking powder

Bahan B
4 biji putih telur gred A
90 gm gula halus
secubit cream of tartar

Cara membuanya
  • Panaskan oven pada suhu 175'c.Satukan tepung gandum,serbuk koko,baking powder dan garam,gaul rata dan ayak.
  • Satukan kuning telur bersama gula halus(bahan A).Kacau rata dan tuang air,kacau hingga gula larut.
  • Masukkan bahan yang diayak tadi dan gaul hingga sebati.Tuang minyak dan esen vanila,kacau hingga sebati dan ketepikan.
  • Putar putih telur hingga kembang,masukkan gula halus(bahan B) dan cream of tartar dan terus memutar hingga pekat.
  • Camputkan putih telur ke dalam adunan kuning telur dan kacau dengan spatula menggunakan kaedah kaup- balik hingga sebati.
  • Tuang dalam acuan tin chiffon yang bersaiz 23 cm(jangan sapu mentega pada tin) dan bakar selama 45-50 minit hingga kek masak.
  • keluarkan dari oven dan terbalikkan tin chiffon serta merta dan biarkan kek berada dalam keadaan seperti itu sehingga betul-betul sejuk.
  • Bila kek sejuk,sisip tepi tin dengan pisau untuk melonggarkannya.Buat sama juga untuk bahagian dasarnya,keluarkan kek dari tin dan potong .
  • Siap untuk di hidangkan.

Rabu, 20 Ogos 2014

PRATA WRAPS

As-Salam buat semua...
Hari ini masih lagi dengan resepi ringkas.Selera pun dah berubah macam-macam lepas raya ni.Cuba buat Prata wraps ni untuk bekal ke tempat kerja,boleh tahan juga rasanya dan boleh tahan juga untuk menangkis kelaparan..Let's try masak....

PRATA WRAPS
Sumber:Sky blue kitchen.Thanks

Bahan-bahan
2 keping prata segera jenama KAWAN     guna prata whole meal
4 helai daun salad butter head
1 keping dada ayam panggang
sedikit hirisan bawang besar 
1 biji tomato-di hiris
2 biji jeruk gherkins-hiris memanjang    tak letak
sos thousand island secukupnya
** Maksud perkataan gherkin adalah
jeruk putik mentimun, sejenis timun kecil untuk membuat acar.


Bahan dada ayam panggang
1 keping dada ayam-hiris kasar
garam
gula 
sedikit madu jika suka
serbuk kunyit

Bahan di hiris dan di tumbuk/kisar
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
2-3 biji cili padi(boleh di tambah ikut citarasa sendiri)
1 batang serai

Cara membuatnya
  • Satukan kesemua bahan dan perap ayam selama 15 minit atau lebih-lebih lama lebih elok.
  • Panggang ayam menggunakan pemanggang ajaib sehingga ayam empuk
  • Keluarkan ayam dari pemanggang dan sedia di nikmati dengan roti prata.
Cara menyediakan Prata wraps
  • Bakar roti prata sehingga masak,guna api kecil dan pastikan roti roti prata tidak terlalu garing.ketepikan.Saute kan bawang besar dengan mentega.
  • Ambil sekeping roti prata,susun 2 keping daun salad butter head,diikuti dengan tomato,bawang saute dan kepingan ayam panggang.
  • Paipkan dengan sos thousand island secukupnya.
  • Lipat roti prata kanan dan kiri kemudian boleh ikat bahagian tengah (saya cucuk dengan lidi).
  • Hidangkan segera.

Selasa, 19 Ogos 2014

CANAPES COMEL

As-Salam buat semua...
Biskut keju yang tiada peminatnya di rumah ini telah di olah balik dengan membuat canapes.Ia tidak boleh di simpan lama,kalau nak buat terus saja kena makan.Kalau tidak lama-lama biskut akan jadi lembik dan tidak rangup.


CANAPES COMEL
Sumber:Majalah Rasa

Bahan-bahan
biskut kraker keju secukupnya
krim putar
perisa mocha/coklat/kopi
coklat chips
serbuk biskut kraker keju

Cara membuatnya
  • Putar krim putar hingga kaku.Tambahkan perisa mocha/coklat/kopi
  • Ambil 2 keping biskut kraker keju,picitkan sedikit krim putar dan lapis dua.
  • Picitkan krim putar di atas dan taburkan coklat chip.
  • Akhir sekali taburkan serbuk biskut.Sedia untuk di makan.

Isnin, 18 Ogos 2014

UDANG GALAH MASAM MANIS

 As-Salam buat semua...
Jom tengok resepi Udang galah yang best ni....gi check kolestrol,dah dapat target normal,makan lah pula makanan yang ada kolestrol ni(kat kepala udang dan kulit sahaja).Kalau nak kurangkan kolestrol,buang aje kepala dan kulit udang,tapi nampak tak cantik pula.Biarkan sajalah....

UDANG GALAH MASAM MANIS
Sumber:Azlita masam manis.thanks

Bahan-bahan
2 kg udang galah
1 labu bawang besar-potong baji
1 biji tomato-potong baji
5 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tiram
1/2 cawan air
1 kiub pati ikan bilis
garam dan gula secukup rasa
1 biji cili merah-di hiris
1 biji cili hijau-di hiris
1 pokok daun ketumbar-mayang 
2 batang serai-dititik

Bahan kisar
3 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah
Cara membuatnya
  • Panaskan minyak dan tumis bahan yang di kisar hingga harum.
  • Masukkan air,serai,sos cili,sos tiram,kiub pati ikan bilis,garam dan gula secukup rasa.
  • Setelah masak,masukkan tomato,bawang besar ,cili hijau,cili merah dan daun ketumbar.
  • Kemudian masukkan udang galah dan biar hingga ia masak.
  • Biar seketika.Siap untuk di hidangkan.

Ahad, 17 Ogos 2014

BANANA CHOCOLATE MOUSSE CAKE

As-Salam buat semua...
Macam ni la jadi kalau hati tengah tak tenang tapi nak juga buat kek.Hasilnya nampak seperti dalam gambar.Cooking with soul la sangat kan,tak dak soul la ni!.sememeh saja..Biarlah dah jadi,bukan nak jual pun,nak makan sendiri saja  he..hee.Letak juga resepi yang panjang berjela ni untuk tatapan semua,mana tau lain kali nak buat lagi.

BANANA CHOCOLATE MOUSSE CAKE.
Sumber:Azlita masam manis.

Bahan A
30 gm serbuk koko
1/2 cawan air panas
1 sudu teh coklat emulco
4 biji kuning telur
100 gm gula halus
130 gm tepung kek
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan minyak masak
1 suud teh esen vanila

Bahan B
4 biji putih telur
1/4 sudu teh krim of tartar
65 gm gula halus

Cara membuatnya
  • Panaskan oven pada suhu 180'c.Sediakan loyang ukuran 8 inci.
  • Lengserkan dengan mentega dan lapik dasar loyang dengan kertas kek.Ketepikan.
  • Campurkan tepung,soda dan baking powder kemudian di ayak.Ketepikan.
  • Larutkan serbuk koko dan coklat emulco bersama air panas.Ketepikan.
  • Dalam bekas berasingan campurkan kuning telur,gula halus,bahan tepung yang telah di ayak,minyak dan esen vanila.Kacau rata
  • Kemudian masukkan larutan koko tadi dan sebatikan adunan.Ketepikan.
  • Dalam bekas pemutar,putarkan putih telur dari bahan B hingga berbuih.
  • Tambahkan cream of tartar dan gula dan putar dengan speed laju hingga kembang,kaku dan bertanduk.
  • Ambil 1/3 adunan bahan B dan kaup- balik dalam adunan dari bahan A(adunan koko).
  • Tuangkan baki adunan dan kaup balik rata.
  • Tuangkan adunan dalam loyang dan bakar dalam oven dengan suhu 180'c selama 45 minit atau sehingga kek masak sempurna.
**kek ini juga boleh di bakar dengan kaedah steam bake.
  • Bila kek sudah masak,sejukkan di atas redai.Potong kek yang telah sejuk kepada 3 kepingan.Ketepikan.
CHOCOLATE MOUSSE
Bahan-bahan
250 gm krim putar bukan tenusu/non diary whipping cream
50 gm serbuk koko
80 gm gula halus
1 sudu besar nescafe atau mocha paste
1 sudu besar gelatine
4 sudu besar air panas

Cara membuatnya
  • Sementara itu satukan air panas dan serbuk gelatine.Kacau rata.
  • Dalam bekas pemutar,putar krim hingga kental ,tambahkan serbuk koko,gula dan mocha paste.Pukul dengan kelajuan perlahan.
  • Akhir skali masukkan larutan gelatine.Kacau rata.
CHOCOLATE GANACHE

Bahan-bahan
150 ml krim tenusu/diary whipping cream
20 gm sirap glukos
260 gm dark chocolate-hiris halus
20 gm mentega
1 sudu teh esen vanila
1 sudu makan paste almond atau 1 sudu makan nutella-jika suka
1 sudu teh paste oren atau sunquick-jika suka

Didihkan krim dan sirap glukos
Tuangkan dalam bekas yang berisi dark chocolate
Kacau rata hingga larut sepernuhnya
Tambahkan mentega,esen vanila,paste almond atau paste oren dan gaul rata.

Kaedah penyediaan

pisang secukupnya-belah dua
air nescafe-untuk melembapkan kek .
ganache coklat secukupnya

letakkan sepotong kek span coklat atas lapik kek.Lembapkan sedikit dengan air nescafe.
Letakkan mouse coklat dan ratakan.
Susunkan potongan pisang di atsnya dengan kemas.
letakkan lapisan kek yang kedua dan ulang proses yang sama hingga habis 3 lapis.
Salutkan keseluruhan kek dengan coklat  mousse dan simpan dalam peti ais hingga mengeras.
Bila dan mengeras bolehlah salutkan kek dengan curahan coklat ganache dan hias mengikut kreatuviti masing-masing.

Sabtu, 16 Ogos 2014

PUCUK SOYA GORENG.

As-Salam buat semua...
Pernah tak makan pucuk soya.Selalu nampak sayur ni kat pasaraya tapi tak tau pula sayur apa.Dah suka sangat makan sayur nak menerai la juga.Ooo.... sedap bila di goreng campur dengan isi ayam.Let's try masak..

PUCUK SOYA GORENG
Olahan:daridapur suzana

Bahan-bahan
pucuk soya
1/2 biji bawang besar-di hiris
3 ulas bawang putih-di ketuk
3 biji cili padi-di ketuk
1/2 cawan isi dada ayam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu besar sos tiram
1/2 kiub pati ayam
minyak canola-untuk menumis

Cara membuatnya
  • Panaskan minyak canola dan tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga naik baunya.Masukkan cili padi.
  • Tambahkan isi ayam dan goreng sebentar lagi.Tambahkan sos tiram dan kiub pati ayam.
  • Masukkan pucuk soya dan tambah sedikit air,gaul rata.
  • Masukkan serbuk lada hitam,sesuaikan rasanya dan bolehlah di angkat.

Khamis, 14 Ogos 2014

KUIH BAKAR KENTANG

As-Salam buat semua...
Kali ini saya try buat Kuih bakar kentang pula.Dah ubi kentang lama sangat terperap dalam peti ais nak kena lupus cepat-cepat sebelum ia rosak.Resepi asalnya di bakar dalam loyang biasa tetapi saya telah ubah-suai ia untuk di bakar dalam acuan muffin...senang nak makan dan tak perlu di potong.Resepi asal dalam Bahasa Inggeris, pun saya ubah suai juga ke Bahasa Melayu.

KUIH BAKAR KENTANG
Sumber:treatntrick.blogspot.com/.thanks

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan susu/santan
2/3 cawan gula kastor
3 biji kentang saiz sederhana
1 sudu besar mentega cair/minyak sayur
1/4 sudu teh garam
2-3 sudu titis pewarna hijau   saya letak warna kuning
1 sudu besar bijan

Cara membuatnya
  • Rebus kentang hingga masak dan lecek halus.
  • Panaskan oven pada suhu 180'c dan sapu tin loyang dengan minyak/ mentega.
  • Blend susu dan gula.
  • Tambahkan tepung,kentang lecek,mentega cair ,pewarna kuning dan garam.Blend lagi hingga lembut.
  • Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 15-20 minit.
  • Keluarkan dari oven dan taburkan bijan.
  • Sambung bakar semula hingga masak
  • Sejukkan dahulu sebelum di keluarkan dari acuan.

Sabtu, 9 Ogos 2014

KARI AYAM KERISIK

As-Salam buat semua...
Hari mute tanpa kata berjela....tak ada idea nak membebel disini.Jom tengok resepi,saya buat separuh dari bahan-bahan di bawah.

KARI AYAM KERISIK
Resepi:zalinah.blogspot.com(ayam).thanks

Bahan-bahan
1ekor ayam-di potong
4 biji kentang-di potong
1 biji bawang besar-di hiris
4 1/2 cawan santan
1/4 cawan cili kisar
1/2 cawan rempah kari daging/ayam
2 keping asam gelugur
2 sudu besar kerisik
1 pelepah daun kari
rempah 4 sekawan(kulit kayu manis,bunga cengkih,bunga lawang dan buah pelaga)
garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas

Cara membuatnya.
  • Tumis bawang besar,daun kari dan semua rempah tumis hingga wangi.
  • Masukkan bahan yang dikisar dan kacau rata.
  • Masukkan cili kisar dan rempah kari.Tuangkan sedikit air,kacau hingga naik minyak.
  • Masukkan sedikit santan,ayam dan kentang.Masak ayam hingga lembut.
  • Masukkan asam gelugur dan baki santan.
  • Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  • Akhir sekali masukkan kerisik dan kacau hingga mendidih.
  • Sedia untuk di hidangkan.

Jumaat, 8 Ogos 2014

CORNFLAKES EMAS

As-Salam buat semua..
Hari ini ada dua jemputan rumah terbuka Syawal.Jika tiada aral mesti kena pergi juga,seorang kawan yang saya kenal kira-kira 24 tahun lepas dan seorang lagi jiran depan rumah.Minggu lepas dan minggu ni,asyik makan sahaja.Saya ni bukan pantang makan,tetapi pantang nampak semua nak try.
Sementara mood hari raya masih 'berleluasa' saya letak satu lagi resepi biskut raya yang tertunggak iaitu Cornflakes emas,rangup sahaja biskut ni.

CORNFLAKES EMAS
Resepi:Majalah Saji Ogos 2010

Bahan A
130 gm mentega
50 gm gula

Bahan B
150 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil esen vanila

Bahan C
50 gm cornflakes
50 gm kismis

Cara membuatnya
  • Putarkan bahan A hingga kembang,masukkan esen vanila.
  • Masukkan bahan B yang telah di ayak bersama, sedikit demi sedikit dan gaul rata.
  • Kemudian masukkan kismis dan cornflakes,gaul hingga rata.
  • Masukkan ke dalam mangkuk kertas dan bakar hingga masak.

Khamis, 7 Ogos 2014

1 SYAWAL 2014.

As-Salam buat semua..
Sepuluh hari lepas raya,saya masih tak sempat nak menulis di sini kerana kesibukan dan keletihan semasa bertugas dari hari raya telah melarat-larat sampai ke rumah dan saya tak cukup rehat sepenuhnya ala-ala sleeping beauty dan setting mode malas pulak tu!..Maka gambar raya tahun ni pun huru-hara,mujur sempat ambil dalam kereta dan kat dapur sahaja.Berasingan pulak tu...he..hee.Maaf zahir batin dari kami sekeluarga buat semua rakan blogger.