Khamis, 28 Ogos 2014

SAGU GULA MELAKA

As-Salam buat semua...
Sedap makan Puding sagu yang sejuk ni di waktu  cuaca panas.Ia lembut,kenyal dan di tambah pula dengan kuah santan dan air gula melaka.Santan boleh juga di gantikan dengan susu cair.

SAGU GULA MELAKA
Bahan-bahan
1 cawan sagu
4 cawan air
sedikit pewarna merah

bahan kuah
santan
sedikit garam
gula melaka
daun pandan 
air

Cara membuatnya
  • Rendam dulu sagunya lebih kurang setengah jam.Toskan.
  • Jerang air dalam periuk.Apabila airnya mendidih, masukkan sagu yang telah direndam dan pewarna merah.
  • Kacau cepat-cepat guna api sederhana selama kira-kira 7 minit atau sampai tidak kelihatan mata ikan.Mata ikan itu ialah sagu mentah yang masih kelihatan dalam biji-biji sagu yang sedang dijerang itu.
  • Lepas itu, padam api dan tuang ke dalam acuan kecil atau dalam satu bekas yang besar.Kemudian sejukkan di luar sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.
  • Sementara itu,sediakan bahan untuk kuahnya.Masukkan sedikit air(jika ingin pekat) ke dalam periuk kecil dan tambahkan beberapa keping gula melaka dan daun pandan.
  • Kacau hingga gula melaka larut.
  • Tapiskan dan kemudian di sejukkan.
  • Untuk kuah santannya pula,tambahkan sedikit garam dan kacau sebati.
  • Hidangkan sejuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan