Ni dia kek yang saya buat 2 hari lepas,saja suka-suka untuk ulang tahun perkahwinan ke 21...tak celebrate kat mana pun, dah kebetulan saya tidak bertugas pada 31 Ogos jadi buat-buat rajin masuk dapur.Kali pertama cuba buat kek ni,macam biasa sememeh sana-sini.Azim pula minta potong kek tak sampai 2 jam lepas masuk peti ais.Bab-bab mendeko ni memang out la.Lepas tu ada sedikit gangguan 'mental'semasa buat kek,dahhh.. hilang fokus.
Sumber:intaidapur.blogspot.com .Thanks
Bahan untuk kek span vanila
(A)
160 gm gula saya letak 100 gm
15 gm ovalette
(B)
5 biji telur
125 gm tepung
1 sudu teh baking powder
(C)
40 ml air
(D)
75 gram mentega, dicairkan
Cara membuatnya
- Masukkan (A) ke dalam mangkuk pengadun dan pukul sehingga sebati.
- Campurkan (B) dan pukul sehingga pekat.
- Masukkan (C) dan pukul adunan tadi sehingga lembut dan gebu.
- Masukkan (D) dan gaul adunan sehingga sebati. Tuang ke dalam acuan bulat berukuran 9".Bakar pada suhu 180'c selama 30 minit.Setelah dibakar, keluarkan kek daripada acuan serta merta.
- Bila kek dah sejuk bahagikan kek pada 3 lapisan.
300 gm cream cheese
700 gm whipping krim
- Pukul whipping krim hingga kental dan ketepikan.
- Didalam bekas lain, pukul cream cheese hingga lembut dan campurkan dengan whipping krim tadi.
- Adunan dibahagi 3 bahagian.
120 gm coklat masakan
80 gm whipping krim /susu cair
- Cairkan coklat masakan secara double boiler, angkat dan masukkan whipping krim / susu cair dan gaul sebati.
- Sejukkan sebelum digunakan.
Sos Butterscotch
Resepi:www.myresipi.com/Zachoes.thanks
Bahan-bahan
- 2/3 cawan susu sejat@evaporated milk
- 3/4 cawan gula perang, dipadatkan
- 2 sudu besar mentega
- 1sudu teh esen vanila
Cara membuatnya
- Masukkan semua bahan dalam periuk kecil (pastikan guna periuk tebal untuk
elakkan butterscotch hangus).
- Kacau atas api kecil selama 5 minit atau hingga bahan kelihatan sudah
bercampur.
- Kuatkan api dan biarkan ia mendidih sebentar, kemudian turunkan api kembali
dan renehkan selama 5 minit, sambil kacau sekali sekala.
- Tutup api, biarkan pada suhu bilik atau 2 jam dan boleh disimpan dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Bahan lain
Badam cincang secukupnya - panggang
Cara melapis kek
- Ambil sekeping kek, sapu krim cheese hingga rata, lorekkan dengan chocolate ganache dan butterscotch,tabur badam cincang.
- Ambil sekeping lagi kek dan ulang langkah di atas
- Ambil pula lapisan kek terakhir dan sapu krim cheese di seluruh permukaan kek dan lorekkan dengan coklat dan butterscotch.Tabur badam di keliling atau di atas kek.
- Hias ikut kreativiti masing-masing.
- Simpan dalam peti ais lebih kurang 4 jam atau semalaman sebelum di potong.
Selamat hari merdeka dan ulangtahun perkahwinan
BalasPadamAlhamdulillah.semoga bahagia ke jannah aamin
Sedapnya kek tu yummmmy
tahniah & happy anniversary...
BalasPadamsedapnya kek
kak su memang rajin buat kek..apapun, nampak sedap kek tu kak su..
BalasPadamHappy 21th Anniversary..
thanks semua di atas ucapan ini.
BalasPadam