Ahad, 7 September 2014

KARI IKAN ALA MAMAK

 As-Salam buat semua...
Saya try buat Kari ikan tanpa santan ala mamak.Best juga rasanya walaupun tidak menggunakan santan.Kari ini sesuai untuk sesiapa yang tidak menggunakan  santan dalam masakan.
Resepi sebenar menggunakan Ikan jenahak tetapi saya tukar kepada kepingan Ikan pari yang menjadi kesukaan my bodyguard.

KARI IKAN ALA MAMAK(IKAN PARI)
Sumber:www.kakinakl.com/ttertunailah hasrat di hati.thanks

Bahan-bahan
1 ekor ikan jenahak-potong 4     guna ikan pari
4-5 sudu besar rempah kari ikan
2 sudu besar cili kisar
5-8 kacang bendi     guna terung
2 biji cili merah        guna tomato

Bahan Kisar/Tumbuk
1 biji bawang besar
3 biji bawang kecil
4 biji bawang putih
1 inci halia

Bahan tumisan
1 sudu kecil halba
3 biji bawang kecil-hiris halus
3 biji bawang putih-hiris halus
1/2 biji bawang besar-hiris halus
2-3 tangkai daun kari
2-3  cawan air asam jawa (ikut nak pekat ataupun tidak)
garam dan minyak secukupnya
Beras yang di sangai-tumbuk kasar

Cara-caranya
  • Panaskan minyak dan tumis semua bahan hirisan dan halba. 
  •  Setelah naik bau, masukkan bawang kisar/tumbuk bersama daun kari dan masak sehingga layu.
  • Masukkan pula cili kisar, sedikit garam dan serbuk kari ikan, kacau sebati dan biarkan rempah masak dengan menggunakan api yang kecil sambil di kacau selalu.Masukkan sedikit air bila rempah nampak kering. 
  • Masukkan beras yang di sangai dan di tumbuk kasar selepas rempah masak atau hilang bau. 
  • Masukkan air asam jawa dan biarkan mendidih baru di masukkan ikan dan rasa cukup asam dan garamnya.
  • Bila ikan dah masak, kecilkan api dan masukkan pula terung dan tomato.Biarkan sebentar baru di tutup api.

2 ulasan: