Ahad, 28 September 2014

PUDING KASIH

As-Salam buat semua..
Dalam cuaca panas sekarang ni sesuailah buat puding.Letak dalam peti sejuk,potong siap-siap sekejap sahaja laku.Manis dan sejuk sahaja rasanya.Saya buat warna-warni supaya nampak lebih menarik lagi.Jom tengok resepinya.

PUDING KASIH
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
1 paket serbuk agar-agar(10 gm jenama Nona)
600 ml air
1 tin susu cair
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
gula secukup rasa
sedikit garam
pewarna pilihan-merah,kuning,hijau,ungu

Cara membuatnya
  • Masak serbuk agar-agar,air dan gula(ikut manis yang di sukai) hingga larut.
  • Kacau telur dengan susu cair dan tambahkan ke dalam larutan agar-agar.Kacau sebati.
  • Masukkan esen vanila dan sedikit garam.
  • Bila mendidih,padamkan api.
  • Ambil 3 cawan larutan agar-agar,letak beberapa pewarna pilihan secara berasingan dan bekukan di dalam acuan kecil-kecil bentuk hati.Letak sebentar di dalam peti sejuk.
  • Adunan selebihnya,biarkan di atas dapur supaya sentiasa suam.
  • Bila agar-agar hati sudah beku,susun di dasar bekas lain secara selang-seli dengan warna yang berlainan.
  • Letak sedikit adunan tidak berwarna supaya ia lekat di dasar bekas.
  • Bila hampir beku,tambahkan adunan tidak berwarna sampai separuh bekas.Sejukkan.
  • Bila beku,goreskan permukaan agar-agar dan susun bentuk hati kecil di dinding bekas sahaja.
  • Curahkan adunan tidak bewarna sedikit untuk melekatkan agar-agar kecil.
  • Bila dah lekat,curahkan adunan selebihnya sampai habis secara perlahan-lahan
  • Sejukkan dahulu sebelum di simpan di dalam peti sejuk.

3 ulasan:

  1. cantiknya puding kak su, wana suka la tengok kalerful macam tu..menarik

    BalasPadam
    Balasan
    1. puding guna bahan biasa saja ,letak warna tu yang nampak menarik.

      Padam