Jumaat, 17 Oktober 2014

BIHUN GORENG SINGAPURA

As-Salam buat semua...
Pertama kali saya cuba buat Bihun goreng singapura.Sebelum ni tak berapa melekat di hati sebab tengok warnanya putih sahaja lagipun selalu goreng bihun yang di letak cili kering.Best juga sebab ada rasa lada hitam yang saya suka tu.Tengok Chef Sherson Lian/Chef Shers menyediakan bihun ini dalam rancangan masakan 5 rencah 5 rasa di TV 3.saya sempat salin bahan-bahan sahaja,sukatan ikut sendiri suka...terus saja saja terliur nak makan.Apalagi,let's try masak...

BIHUN GORENG SINGAPURA
Sumber:Chef Shers.thanks

Bahan-bahan
bihun-rendam sampai lembut
1 biji bawang merah besar-potong nipis
3 ulas bawang putih-cincang halus
udang kering-di tumbuk halus
2 keping fish cake-potong nipis
udang
sotong
2 biji telur
sayur kubis
serbuk lada hitam
garam secukup rasa

bahan lain
daun ketumbar cincang
bawang goreng
cili merah

Cara membuatnya
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah,bawang putih  serta udang kering sampai naik baunya.
  • Masukkan udang dan sotong serta kepingan fish cake,goreng sebentar.
  • Pecahkan telur dan kacau sebentar.Masukkan telur di tengah kuali dan tunggu sebentar hingga telur masak sedikit dan  kemudian kacaukan supaya jadi berketul.
  • Masukkan bihun,sedikit air,serbuk lada hitam dan garam,gaul biar rata.
  • Akhir sekali masukkan sayur kubis.Goreng sampai bihun lembut dan semua bahan bergaul rata.
  • Sesuaikan rasanya dan bolehlah di angkat
  • Taburkan daun ketumbar,hirisan cili merah dan daun ketumbar.Sedia untuk di hidangkan.
** saya makan bihun ini dengan sambal kicap pedas

2 ulasan:

  1. Saya selalu buat bee hoon goreng warna putih gini, masukkan lada hitam / lada putih dll... memang sedap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul lllarr..Amie.lain kali boleh buat lagi ,anak-anak pun suka..

      Padam