Selalunya saya buat Pau inti kacang merah,kali ini try buat Pau inti kelapa muda pula.Intinya boleh di buat dengan kelapa muda campur gula melaka atau pun di campur gula putih.Dua-dua pun sedap..jom lihat resepinya.
PAU INTI KELAPA.
Sumber:When a working mother cooks thanks
Bahan-bahan
500 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 paket mauripan(11 gm)
5 helai daun pandan
350 ml air suam
2 sudu besar marjerin/mentega
2 sudu teh gula
1 sudu teh pewarna hijau
daun pisang/kertas alas pau
Untuk inti kelapa
1 biji kelapa muda parut
2-3 keping gula melaka
gula pasir jika ingin lebih manis
1 sudu teh garam
1 mangkuk kecil air
2 helai daun pandan
Cara membuatnya
sediakan doh
- Kisar daun pandan dengan air suam dan tapiskan.Satukan air suam dengan yis.Masukkan sedikit pewarna hijau supaya lebih terang.
- Di dalam bekas penguli,satukan marjerin/mentega dan gula.Putar hingga hancur dan sebati.
- Masukkan bancuhan yis dan tepung,baking powder secara berselang-seli dan uli selalu hingga menjadi doh yang kental.
- Biarkan doh yang siap di uli supaya kembang.
- Ketepikan untuk 15-20 minit.
Sediakan intinya
- Hancurkan gula melaka dengan memasaknya bersama semangkuk kecil air dan daun pandan.
- Tambahkan sedikit garam dan gula putih jika perlu.
- Bila sudah hancur,masukan kelapa muda parut dan kacau sebati.
- Masak hingga air gula melaka menyerap dan sedikit kering.Ketepikan.
- Panaskan periuk kukusan hingga mendidih.
Letakkan pau di atas daun pisang /kertas yang di potong 1inci x 1inci.
Kukus pau selama 7 minit.Jangan kukus terlalu lama kerana pau ini akan turun semua kerana oversteamed.
dapnyaaa.. boleh try ni.. ����
BalasPadamassalam
BalasPadampau kelapa , suka sgt kita
cantik kaler pau tu kak..hijau..nyum2..
BalasPadamPau kelapa dgn pau kcg merah mmg top..selalu mkn buat brekfast..
BalasPadam