Ahad, 8 Mac 2015

BAKUL ROTI KAROT

 As-Salam buat semua...
Saya buat untuk makan pada sebelah petang dan malam,kut terasa lapar tak payah makan nasi dah kununnya.Dalam tu boleh isi macam macam bahan sebenarnya ikut selera masing-masing.Saya buat untuk 9 keping roti kerana acuan muffin saya ada 9 bekas.

BAKUL ROTI KAROT
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
9 keping roti sandwich
3 biji telur
hirisan daun ketumbar
1 batang karot-di parut
1 biji lada merah-potong halus
serbuk lada sulah
serbuk cukup rasa

Cara membuatnya
  • Potong buang tepi-tepi roti dan masukkan ke dalam acuan muffin.
  • Dalam satu mangkuk,pecahkan telur,masukkan serbuk lada sulah dan serbuk cukup rasa.Pukul  sebati.
  • Masukkan karot parut ke dalam bakul roti dan curahkan telur ke dalamnya.
  • Akhir sekali,taburkan lada merah dan daun ketumbar di atasnya
  • Bakar pada suhu 150'c sehingga telur masak dan roti garing.
  • Sedap di makan panas-panas .Boleh juga di makan dengan sos pilihan.

4 ulasan:

  1. wah sedap ni Su, boleh jadi inspirasi jugak ni tapi roti dah habis lah pulak..
    disini kaknoor just nak bagitau Su, blog Bicara Kak Noor (testing) tu dah tak pakai, Su boleh sign in lagi sekali kat blog ni yg baru ya
    http://nooriahnaim.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. wahhh uniknya.... sedap ni makan sambil tengok TV

    BalasPadam
  3. wahhh uniknya.... sedap ni makan sambil tengok TV

    BalasPadam