Hari ini masak Cucur Ikan Tuna buat sarapan pagi.Macam -macam versi cucur dah saya cuba dan semuanya sedap belaka.Kalau makan time panas-panas tu sekejap sahaja dah habis.
CUCUR IKAN TUNA
Sumber:Majalah Saji April 2015
Resepi Imelda Maya Harris.thanks
Bahan-bahan
1 tin ikan tuna
1 genggam daun ketumbar-potong kasar
1 tangkai cili merah-dadu kecil
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan air sejuk
1 biji telur
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng
parutan karot saya tambah
Cara membuatnya
- Pukul telur hingga separuh kembang dan masukkan tepung sedikit demi sedikit.
- Gaul sehingga agak sebati.
- Masukkan air sedikit demi sedikit sehinga adunan mesra
- Masukkan ikan tuna,daun ketumbar,karot parut dan cili merah.Gaul rata.
- Goreng dengan minyak banyak dan panas sehingga masak.
- Hidang dengan sos pilihan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan