1 Ramadhan..saya bercuti hari ini menyambutnya!
Petang ni anak-anak dah request nak makan Nasi ayam.Keluar sekejap pagi tadi beli beras Basmathi kerana Azim tak makan beras biasa kalau nak buat Nasi ayam.Dan untuk dessertnya pula,saya buat Puding karamel tanpa telur..hanya dua jenis tu sahaja,ringkas dan mudah.
Hari ini saya postkan resepi Daging goreng kicap sesuai untuk di buat bersahur.Let's try masak.
DAGING GORENG KICAP
Olahan:daridapursuzana
Bahan-bahan
250 gm daging
1 labu bawang besar -potong nipis
4 ulas bawang putih-di ketuk
1/2 inci halia-cincang halus
1 biji lada hijau-potong nipis
4 helai daun limau purut
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
kicap manis secukupnya
1 kiub pati daging
serbuk lada hitam
1 biji tomato-belah 6
2 biji cili kering-potong dan rendam dalam air
Cara membuatnya
- Potong kecil daging dan rebus bersama sedikit air hingga empuk.Ketepikan.
- Tumis bawang putih,bawang besar,cili kering dan halia hingga naik baunya.
- Masukkan daging bersama airnya dan gaul rata.
- Masukkan kicap manis,sos cili,sos tomato,sos tiram,kiub pati daging ,daun limau purut dan biarkan mereneh hingga kuah agak pekat sedikit.
- Akhir sekali masukkan serbuk lada hitam,lada hijau dan tomato.
- Sesuaikan rasanya dan bolehlah di hidangkan.
Salam..Selamat berpuasa...nampak sedap menu nie...
BalasPadamselamat berpuasa juga untuk Atie..
Padam