Hari ini saya ambil cuti sehari kerana kepenatan bertugas dari minggu lepas lagi.Seawal pagi masuk dapur masak sarapan pagi-Bihun goreng.Sukalah Azim dapat makan sarapan pagi menu lain sikit.Biasanya makan French toast dengan 2 biji multivitamin dan air Milo sahaja setiap hari.Tak bosan kah dia,hari-hari minta French toast.Biarkan...biarkan.Let's try masak..
BIHUN GORENG
Olahan:dari dapur suzana
Bahan-bahan
1 paket bihun -rendam air biasa hingga lembut.
2 paket perencah bihun goreng
1 keping dada ayam-potong kecil
15 ekor udang
3 biji telur
sayur pilihan-kobis/sawi
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos sos tiram
3 sudu besar sos tomato
4 sudu kicap manis
2 sudu besar jus limau nipis
1 kiub pati ikan bilis
garam dan gula secukup rasa
minyak canola
Bahan kisar
1 labu bawang besar
4 ulas bawang merah
1 labu bawang putih
10 tangkai cili kering
Cara membuatnya
- Toskan bihun yang telah di rendam tadi.
- Panaskan minyak canola dan tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
- Masukkan isi ayam dan biarkan ayam hingga masak.Masukkan udang.Tambahakan sedikit air
- Pecahkan telur dalam mangkuk kecil,kacau sedikit dan masukkan ke dalam kuali dan biarkan sebentar.
- Kacau telur biar jadi berketul-ketul.
- Tambahkan semua sos dan serbuk pati ikan bilis serta perencah bihun goreng,garam dan gula serta jus limau nipis.Gaul rata.
- Akhir sekali masukkan sayur pilihan dan gaul rata.
- Sesuaikan rasanya dan bolehlah di angkat.
- Semasa menghidang taburkan hirisan daun ketumbar ,hirisan cili merah dan bawang goreng.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan