Pagi-pagi dah tulis blog sebab hari ini banyak aktiviti nak buat.Jadi kalau tak mulakan hari dengan blog ini maknanya tak sentuh key board lah sampai ke malam.Biasalah tu kan kalau hari tak bertugas, sekejap lagi nak masuk dapur(Azim dah request Ikan Siakap kukus),petang nanti nak attend kenduri kahwin,lepas tu kawan ajak gi Festival Hijab dan malam nanti pulak nak pergi menziarah anak saudara dapat baby baru.Padat betul aturcara hari ini.
Ok lah sekarang saya nak postkan resepi puding kesukaan saya,selalu saja di buat bila ada majlis makan-makan.Let's try masak.
PUDING KIWI KOKTEL
Olahan:daridapur suzana
Bahan-bahan
1 paket serbuk agar-agar Nona(8 gm)
1 tin susu cair
1 tin susu pekat manis/ikut manis sendiri
1 tin buah koktel-toskan jusnya
1 biji kiwi zespri gold-hijau
1 biji kiwi zespri gold-kuning
1 biji telur
1 sudu besar jus oren sunquick
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu teh esen vanila
700 ml air
sedikit garam
gula jika perlu
Cara membuatnya
- Masukkan serbuk agar-agar,susu cair(200 ml),air,susu pekat manis 1/2 tin(atau ikut manis sendiri),telur yang di pukul sedikit,1 sudu besar tepung jagung dan sedikit garam.Jumlah larutan adalah 900ml utk 8 gm serbuk agar-agar.
- Kacau di atas api sederhana sehingga semua bahan larut.
- Bila mendidih,padamkan api.Masukkan 1 sudu teh esen vanila dan sejukkan sebentar.
- Potong kiwi warna hijau bentuk kiub dan ambil separuh,letakkan di dasar acuan pilihan.
- Masukkan adunan agar-agar ke dalam acuan dan sejukkan .
- Masukkan baki susu cair,baki susu pekat manis(boleh tambah susu pekat atau gula mengikut manis yang di inginkan),air secukupnya dan 1 sudu besar tepung jagung atau ikut kepekatan kuah yang kita inginkan.
- Tambahkan sedikit garam dan kacau di atas api sederhana hingga mendidih sebentar.Masukkan1 sudu besar jus oren sunquick dan 1 sudu teh esen vanila.Padamkan api.
- Masukkan buah koktel dan kacau rata.Sejukkan.
Potong kiub kiwi zespri kuning dan ambil sebahagian lagi kiwi zespri hijau dan masukkan ke dalam bekas puding.
Curahkan kuah koktel di atas puding.
Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.
Sekarang ni kalau panas... terlampaulah pulak panasnya sampai takut nak kuar rumah... duduk dalam rumah ajelah sambil menjamu mata dengan puding kiwi koktel yang lazat ni!
BalasPadam