Sekarang ni masa untuk menulis blog dah berkurangan kerana saya telah bertukar masa bertugas yang membuatkan seharian saya berada di hospital.Kalau dalam seminggu tu mungkin dalam 2-3 kali sahaja dapat menulis di sini.Apapun saya happy jugak sebab saya masih berada di sini dan tidak tinggalkan lansung ruangan ini.Meet my perfect time and perfect moment here..
Masakan ayam ini adalah salah satu lauk kesukaan Azim.Kalau hari tidak bertugas siap order macam -macam menu sedap.Sekarang ni dia kena tunggu hujung minggu baru saya dapat masak menu sedapnya...Let's try masak.
SZECHUAN CHICKEN
Sumber:Joha Hassan.thanks
Bahan-bahan
2 keping paha ayam tanpa tulang-di potong ketul-ketul
3 sudu besar tepung beras
1 inci halia - hiris nipis
2 ulas bawang putih -hiris nipis
1 biji bawang besar-potong dadu kecil
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap manis
garam dan gula secukup rasa
1 biji capsicum-potong dadu
2 kuntum bunga lawang
7 biji cili kering-potong kasar
minyak masak untuk menumis
3 sudu besar kacang gajus-goreng
daun bawang hiris-hiasan
bawang merah goreng
Cara membuatnya
Gaulkan ayam dengan garam,lada hitam dan serbuk jintan putih bersama tepung.
Perap selama 1/2 jam.
- Panaskan minyak dalam kuali,letakkan bawang besar,halia,bawang putih dan cili kering.
- Tumis hingga ia lembut dan bangkit baunya.
- Letakkan bunga lawang,kemudian masukkan ayam yang sudah di perap.
- Goreng kesemua bahan-bahan supaya sebati.
- Letakkan sos tiram,sos tomato dan kicap serta garam dan gula secukup rasa.
- Letakkan capsicum dan gajus sedikit dan gaulkan lagi.
- Sajikan panas-panas bersama taburan daun bawang dan gajus goreng bawang merah goreng.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan