Isnin, 29 Februari 2016

PIZA SWEET BUN

Assalam buat semua..
Dah dua minggu lebih tak datang dapur ni.dah hampir berabuk pun!..
nak blog walking lagi lah,banyak resepi dan info yang telah di post oleh kawan-kawan satu geng tak sempat saya baca lagi.
hari ini saya letak paparan roti olahan semula.
Saya guna Sweet bun ready made ataupun boleh saja guna Sweet bun/Butter bun yang di buat sendiri jika rajin.
Saya pula tak rajin dan nak cepat makan..
dan ini saja lah untuk hari ini...

PIZZA SWEET BUN
Olahan dari dapur suzana

Bahan-bahan
12 biji sweet bun/Butter bun
keju mozarella parut
1 bekas kecil yogurt perisa pilihan/mayonis
serunding daging/ayam/ikan secukupnya

Cara menyediakannya

  • Letakkan Sweet bun ke dalam loyang empat segi.
  • Letakkan yogurt atau boleh juga guna mayonis dan sapu rata-rata di atas permukaan Sweet bun.
  • Taburkan serunding pilihan di atasnya.(saya guna Serunding Daging)
  • Kemudian letakkan keju mozarella parut. 
  • Bakar di dalam oven dengan suhu 150'c api atas sahaja hingga keju cair
  • Sedia untuk di hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan