Rabu, 24 Ogos 2016

POPIA DAGING MAYONIS

Assalam buat semua...
Hidangan petang di hujung minggu...
Sedapnya menikmati kudapan di petang hari dengan sepiring popia bertemankan buku novel saya!
Makan time panas-panas rangup sahaja sambil dicicah dengan sos kegemaran.
Buat banyak-banyak,simpan dalam freezer,time nak makan goreng saja..
Let's try buat

POPIA DAGING MAYONIS

Bahan-bahan
kulit popia secukupnya
4 keping daging burger
1/2 biji bawang besar-dadu
hirisan kubis
mayonis
1 biji karot-parut halus
serbuk lada hitam
serbuk lada putih
minyak sayur untuk menumis 

Cara membuat inti popia

  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar hingga layu.
  • Hancurkan daging burger kemudian gaul sebati bersama bawang.
  • Tambahkan sedikit serbuk lada hitam dan lada putih
  • Angkat dan sejukkan sedikit kemudian masukkan mayonis dan gaul rata.
  • Tambahkan hirisan kubis dan karot parut tadi dan gaul rata.
  • ambil sehelai kulit popia dan letakkan inti di atasnya
  • Lipatkan kulit popia seperti biasa dan lekatkan hujungnya dengan air.
  • Buat hingga habis
  • Goreng di dalam minyak terendam dan toskan.
  • Hidangkan bersama sos pilihan.

Khamis, 18 Ogos 2016

GROUP OF 2/90 SLJKK-Memori terindah!

Pertemuan pertama kami ,kira-kira 25 tahun lepas-3 september 1990
di Sekolah Latihan Jururawat Kubang Kerian,Kelantan seramai 72 orang
Ada dari Terengganu,Johor,Kedah,Kuala lumpur,Perak dan paling ramai tentunya dari Kelantan
Kami pelajar pertama tajaan USM dari kumpulan kedua-group of 2/90.
separuh yang lainnya dari KKM,DBKL,dan Kem.Pertahanan
Hampir keseluruhan kelas peramah dan sentiasa happy membuatkan kuliah harian menjadi huru-hara.
 Setengah di antara kami telah terpisah-lost contact selama lebih kurang 20 tahun lebih
tetapi pertemuan semula pada 13 Ogos lepas, sebahagian darinya ..macam dulu juga,masih lagi huru-hara.
Kenangan makan,tidur,lepak dan menangis bersama masih dalam ingatan.
Kami seramai 72 orang macam -macam cerita ..suka dan duka bertaut menjadi satu nostalgia
Walaupun sekarang sudah berlainan pangkat dan bidang tapi pertemuan ini tidak menjarakkan hubungan yang telah sekian lama terjalin dulu.
Walaupun fizikal sedikit merubah dengan peredaran masa,tapi masih memiliki rupa paras seperti waktu muda dahulu.
orang kata ..masih maintain cantik semuanya!
Terimakasih buat kawan-kawan yang sudi hadir walaupun masing-masing sibuk dengan komitmen sendiri.
Terimakasih kerana masih lagi sudi berkawan walaupun tidak seperti dahulu.
dan terimakasih tak terhinggabuat kawan-kawan yang sudi menaja pertemuan ini.

mengimbau kenangan lama..masih terpahat di hati sehingga kini!
Best kan!...kalau boleh bertemu lagi..

Selasa, 16 Ogos 2016

MANGO MILKSHAKE

Assalam buat semua..
Sekarang ni tengah trend Air manggga
Di mana-mana saja di sini,orang menjual air mangga di tepi jalan.
Bila pulang dari kerja,macam best jer nampak air mangga tu.. 
daripada dok terliur baik saya buat sendiri.
Tapi tak lah buat Air mangga yang macam di jual tu,saya buat Mango mikshake.

MANGO MILKSHAKE

Bahan-bahan

1 biji buah mangga-potong dadu
1/2 cawan aiskrim vanila
1 cawan susu segar
2 cawan air

Cara membuatnya

  • Blend kesemua bahan hingga hancur.
  • Masukkan beberapa ketulan ais ke dalam gelas dan masukkan air kisaran mangga
  • Sejukkan dahulu sebelum di minum.

Sabtu, 6 Ogos 2016

KERABU SOTONG

Assalam buat semua...
Sementara masih bercuti boleh main masak-masak lagi hari ini dan update blog.
Hari ini saya menyediakan Kerabu Sotong untuk makan tengahari
cara buatnyanya mudah saja sebab semua bahan hanya perlu di gaul bersama
cuma..masa menyediakan bahan lama sikit
ok,let's try buat

Bahan-bahan
10 ekor sotong saiz sederhana-celur dan potong bulat
1 biji lada merah
1 labu bawang besar
3 helai daun salad Romaine/pilihan
1 biji tomato
3 biji cili padi
3 tangkai daun ketumbar siam
jus limau nipis
sos ikan
1 paket kecil honey cashewnuts ready pack
gula secukup rasa

Cara membuatnya

  • Belah lada merah dan tomato,buang bijinya,bawang besar,cili padi,daun ketumbar siam serta salad Romaine di hiris nipis
  • Campurkan jus limau nipis dan sos ikan serta sedikit gula.Kacau hingga gula larut.
  • Dalam mangkuk,masukkan sotong,bahan-bahan yang telah di hiris dan gaulkan bersama campuran jus limau nipis
  • Bahan-bahan campuran adalah secukup dan sesedap rasa.Boleh di tambah mengikut keperluan selera sendiri.
  • Akhir sekali tambahkan dengan hirisan salad Romaine
  • Taburkan Honey cashewnuts di atasnya.Sedia untuk di hidangkan.

Jumaat, 5 Ogos 2016

LAMB CHOP

 Assalam buat semua..
Menu hujung minggu di dapur saya..
selama ni tak pernah buat Lamb chop sebab saya tak makan daging kambing.
Tapi sejak akhir-akhir ini saya"di heret' oleh orang tu untuk cuba makan daging kambing.
Try dulu,baru tahu ,katanya..
daripada dok try dah boleh makan,tu pun masih memilih
kalau ada baunya saya tetap tak makan.
Side dishnya adalah kentang goreng rangup cicah dengan mayonis dan Classic mix salad ready pack kat Tesco
Kalau dia request nak Lamb chop macam ni,boleh saja saya try buat.
Lepas makan hari tu,repeat order lagi.
resepi refer kat Lina pg.thanks
Let's try masak..

LAMB CHOP

Bahan-bahan
4 keping potongan daging kambing 
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
3 ulas bawang putih-tumbuk kasar
1 cm halia-tumbuk kasar
lada hitam,lada sulah
herba rosemary,oregano,tyme(kalau tiada just perap dengan serbuk lada hitam dan lada sulah sahaja)
sedikit olive oil

Cara membuatnya
  • Bersihkan kepingan kambing dan toskan.
  • Lumurkan dengan kiub pati ayam dan herba rosemary,tyme dan oregano
  • Tambahkan kicap manis dan sos tiram.
  • Akhir sekali gaulkan kepingan kambing dengan bahan tumbuk
  • Letak sedikit olive oil supaya daging tidak kering.
  • Perap untuk selama 1 jam ataupun semalaman
  • Gunakan grill pan atau pemanggang ajaib dengan api sederhana dan panggang hingga masak.Pilihan sendiri nak masak medium rare atau well done.
Sos black pepper
1 labu bawang holland
4 sudu besar rata tepung gandum
1 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis(utk.gelapkan sos)
4 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar lada hitam tumbuk kasar
3 cawan air atau lebih
 sudu besar mentega

Cara membuatnya
  • Cairkan mentega dan tumis bawang Holland hingga layu dan wangi.
  • Masukkan serbuk lada hitam dan tumis sekejap.
  • Masukkan tepung gandum dan sentiasa kacau supaya tidak bergentel.
  • Masukkan air dan kiub pati ayam.
  • Masukkan sos tiram,sos lada hitam dan kicap manis.Kacau rata.
  • Jika pekat sangat,tambahkan sedikit air
  • Jika inginkan warna yang lebih gelap tambah sukatan kicap.
  • Sesuaikan rasanya dan bolehlah di angkat.
Kentang goreng rangup

2 biji Potato russet
serbuk lada hitam
serbuk lada sulah
tepung goreng berempah
minyak untuk goreng terendam

Cara membuatnya
  • Bersihkan kentang dan potong sederhana nipis
  • Didihkan air dan rebus kentang sederhana masak dan toskan.
  • Gaulkan kentang dengan serbuk lada hitam dan lada sulah
  • Campurkan tepung goreng berempah mengikut kepekatan yang sesuai untuk menyalut kentang.
  • Panaskan minyak untuk menggoreng terendam.
  • Goreng setiap kepingan kentang hingga garing dan toskan.
  • Hidangkan bersama kentang goreng bersama mayonis,kambing panggang dan black pepper sos serta mix salad.
  • Sedia untuk di makan.