Ahad, 22 Januari 2017

PIZZA GUNTING

Assalam buat semua..
Tengah-tengah banjir kat Kota Bharu,Kelate ni,,semua orang pun pakat lapar.
Masak la itu-ini dari tengahari sampai ke senja.
Semuanya di sapu licin.Post Pizza Gunting dulu la..
Kapsyen tuan punya resepi pizza ni,-Puan Ummul Alifah Salim.
"Teringin nak makan pizza tapi malas betul nak menguli doh.Kalau tak mahir,silap-silap keras pula.Macam mana cara buat pizza yang paling mudah tapi sedap ya?"
Thanks..saya kongsi di ruangan ini pula.
Teruja saya nak membuatnya kerana baru kali pertama jumpa resepi sebegini.Nampak mudah saja.
Cuma guna roti yang di gunting sahaja sebab tu agaknya di namakan Pizza Gunting.Saya guna loyang pie saja..
Let's try baking

 PIZZA GUNTING

Bahan-bahan
resepi ini untuk satu loyang 10" x 10"
9 keping roti sandwich
3 batang sosej -potong kecil
100 gm isi ayam/daging cincang-saya guna pepperoni
5 biji telur gred A
1/2 biji lada benggala-potong dadu
bawang besar dan bawang putih
1 sudu besar serbuk kari
mayonis dan cheddar cheese secukupnya

Tambah
Keju kraft
daun bawang

Cara membuatnya

  • Tumis bahan
Mula-mula,potong kiub kecil bawang besar dan cincang bawang putih.
Tumiskan bawang sampai naik bau dan masukkan serbuk kari beserta ayam atau daging/pepperoni.
Apabila masak,masukkan sosej dan akhir sekali lada benggala dan daun bawang.
Perasakan dengan garam secukup rasa.
  • Gunting roti
Kemudian kita akan membuat base pizza menggunakan roti.Caranya,gunting roti kecil-kecil seperti dalam gambar di bawah ini.
  • Pukul telur
Dalam sebuah bekas lain,pecahkan telur.Jika telur kecil,boleh tambah sebiji lagi supaya pizza lebih moist.
  • Campurkan dengan bahan tumisan.
Langkah seterusya,campurkan telur yang di pukul tadi dengan bahan tumisan.
  • Gaulkan dengan roti
Tuangkan campuran telur ke atas roti gunting.
Pastikan anda menggaulnya sehingga sebati.
  • Bakar dalam oven
Setelah sebati,ratakan campuran yang telah di gaul ke dalam dulang.
Sebelum itu jangan lupa sapu marjerin dahulu untuk mengelakkan daripada melekat.
Bakar pada suhu 170'c selama 20 minit.
  • Hias dan tambah topping
Keluarkan dari oven.
Sapukan sos kegemaran anda.
Potong kiub keju kraft dan letakkan rata-rata di atas pizza(versi saya ).
Taburkan cheddar cheese yang telah di parut.Kalau nak guna Mozarella pun sedap juga.
Paipkan mayonis ikut selera masing-masing.


  • Bakar sekali lagi
Bakar sekali lagi selama lebih kurang 10-15 minit atau sehingga mayonis tidak melekat di tangan
  • Siap
Inilah pizza Gunting yang telah siap.
Saya paipkan juga sedikit sos cili di atasnya.

2 ulasan:

  1. Menarik sungguh resipi ni. Teringin PH nak cuba.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah PH..tak rugi membuatnya,mudah dan ringkas sahaja.sempat try sikit jer,yang lain semua anak-anak makan.Laku keras..haa..haa.

      Padam