Isnin, 6 Februari 2017

KUIH BADAK BERENDAM

Assalam buat semua..
Kuih Badak Berendam-tiada kesenian di situ..
ada besar..ada kecil.
Bukan kuih orang Kelantan,jadi saya cuba buat untuk merasanya.
Saya tak pernah tengok  Kuih Badak Berendam yang sebenarnya
Jadi saya buat saja ikut resepi di Azie Kitchen.Thanks
Let's try buat.

KUIH BADAK BERENDAM

Bahan-bahan
2 cawan tepung pulut
1 1/2 cawan air daun pandan
1/2 sudu kecil garam
pewarna hijau

Campurkan garam dan air daun pandan dan pewarna hijau.
Tuangkan air sedikit demi sedikit ke dalam tepung pulut,
sehingga menjadi doh yang boleh di bentuk dan tidak melekat di tangan.

Bahan Inti
2 cawan kelapa muda parut
1 cawan gula merah
1 helai daun pandan
1 cawan air
gula-jika suka

Masak gula melaka,gula pasir,air dan daun pandan hingga gula larut.
Masukkan kelapa muda dan kacau hingga jadi kering.
Ketepikan dan bulat-bulatkan sebesar biji guli hingga habis

Bahan kuah
2 1/2 cawan santan
2 sudu besar tepung beras

1/2 sudu kecil garam
3 helai daun pandan
gula -jika suka

Campurkan kesemua bahan dan kacau di atas api sehingga kuah kelihatan pekat selama 10 minit.
Angkat dan ketepikan

Ambil doh dan bulat-bulatkan kemudian di leperkan.
Letak inti kelapa di dalamnya dan tutup/bulatkan kembali.
Sementara itu,panaskan air hingga mendidih.
Masukkan doh dan rebus sehingga timbul
Angkat,toskan dan masukkan ke dalam kuah tadi.

2 ulasan:

  1. Tak pernah makan, tapi nampak sedap ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Try la buat..sedap ke tidak base on taste masing-masing kan..kena try dulu.

      Padam