Ahad, 19 Februari 2017

PULUT SEKAYA

Assalam buat semua..
Saya cuba buat Pulut Sekaya ni kerana ia adalah kuih kesukaan Azim.
Di sini ia di jual dengan harga Rm1 untuk dua potong,selalunya kalau beli tu dah tentu tak cukup.
Salah satu dari kuih kesukaan ore Kelate !.
Masuk dapur hari ini sebab masih cuti lagi,saya cuba buat sendiri.
Walaupun kejadiannya tidak begitu cantik tapi Azim puas hati sebab dapat makan lebih dari dua keping.
Saya pula...berkeping-keping.
Resepi dari Tuan Adriana Arissa/FB
Let's trybuat

PULUT SEKAYA

Bahan-bahan
300 gm pulut-rendam 2 jam
1 1/2 cawan santan cair
garam dan sedikit gula secukup rasa
sedikit tepung gandum untuk taburan atas pulut

Bahan lapisan atas
5 biji telur gred A
1 cawan santan
1 sudu besar tepung gandum
2 keping gula melaka/4 sudu besar serbuk gula merah   
2 sudu besar gula 
1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
1 sudu kecil esen vanila

Cara membuatnya
  • Sediakan pengukus dan kukus pulut sehingga masak dan gaulkan bersama santan yang bercampur garam dan gula(saya tanak pulut untuk lapisan bawah).
  • Sediakan loyang pengukus dan alas dengan plastik/aluminium foil supaya mudah di keluarkan nanti.
  • Masukkan pulut yang telah masak ke dalam loyang dan padatkan.
  • Dalam periuk lain masak gula melaka dan gula serta sedikit air dan daun pandan.
  • Tutup api dan sejukkan.
  • Dalam bekas lain campurkan telur,tepung gandum dan sedikit garam.
  • Tambahkan santan dan tapiskan air gula melaka dan kacau rata.
  • Taburkan sedikit tepung gandum di atas pulut supaya tidak terpisah dari bahagian lapisan atas bila masak nanti.
  • Tuang bahagian atas perlahan-lahan dan kukus selama 25 minit atau sehingga masak.
  • Balut tutup pengukus dengan kain bersih supaya air tidak menitik.
  • Bila masak,sejukkan dahulu sebelum di potong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan