Assalam buat semua..
Kek ni mudah saja cara membuatnya dan bahan-bahannya pun bahan asas sahaja.
Saya tak lapis macam pelangi..buat tompok-tompok warna sahaja.
Buat makan petang-petang dan juga waktu pagi pun sesuai juga.
Kalau rasa bosan makan kek yang berkrim boleh cuba buat kek ini pula
Let's try baking.
KEK PELANGI
Bahan-bahan
3 biji telur
1 cawan mentega/marjerin
3/4 cawan gula kastor
2 cawan tepung naik sendiri
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
pewarna pilihan
Cara membuatnya
- Pukul mentega bersama gula hingga kembang.
- Kemudian masukkan telur satu persatu.
- Pukul lagi adunan sehingga kembang dan rata.
- Masukkan esen vanila dan susu pekat dan kacau rata.
- Masukkan tepung dan kaup balik adunan.
- Bahagikan kepada warna pilihan.
- Tuangkan ke dalam loyang yang telah di alas dengan baking paper berselang-seli hingga habis.
- Bakar selama 40 minit dengan suhu 160'c sehingga masak bergantung pada oven masing-masing.