Assalam buat semua..
Saya mula menyukai roti ini kerana ia ada perasa kopi.
Saya mula membelinya di kedai-kedai roti dan pasaraya seperti Tesco dan Giant.
Lama-lama saya cuba buat sendiri walaupun kejadiannya tak secantik yang di beli.
Tapi puashati sebab akhirnya saya dapat buat sendiri.
Let's try baking.
MEXICAN BUN
Bun
250 gm high protein flour
30 gm gula kastor
1 sudu kecil yis kering
1/2 sudu kecil bread improver
1 sudu kecil susu tepung/susu pekat
1/2 sudu kecil garam halus
1 biji kuning telur gred B
135 gm air
Cara membuatnya
- Gaul rata semua bahan kecuali air.
- Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga dapat doh yang tidak melekat di tangan.
- Uli sampai doh elastik.
- Simpan dalam bekas bertutup selama 1 jam atau kembang sekali ganda.
Filling/inti roti
100 gm butter
1/2 sudu teh esen vanila
35 gm gula perang
*Pukul kesemuanya hingga kembang dan simpan dalam peti sejuk.
Topping
100 gm butter
80 gm gula aising
1 biji telur gred A
3/4 sudu besar serbuk nescafe-bancuh dengan 2 sudu besar air panas
100 gm tepung gandum
25 gm tepung jagung
Cara membuatnya
- Pukul butter dengan gula hingga kembang.
- Masukkan telur dan bancuhan nescafe.
- Diikuti dengan tepung gandum dan tepung jagung.
- Gaul sebati dan simpan dalam peti ais.
Seterusnya...
- Roti yang telah di perap dan kembang,tumbuk-tumbukkan biar keluar udara.
- Timbang sebanyak 45 gm setiap satu.
- Canai sedikit dan masukkan filling,tutup dan kemaskan.Pastikan intinya tidak keluar.
- Buat samapi habis doh.
- Letak dalam cup atau loyang dengan di jarakkan sedikit.
- Perap semua selama 1 jam 30 minit atau sehingga nampak doh kembang.
- Paipkan topping ke atas roti secara lingkaran bermula dari atas hingga ke bawah.
- Bakar dengan suhu 160'c selama 15- 20 minit ikut oven masing-masing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan