Sedap juga Roti kukus cicah dengan Sangkaya homemade ni
Jika di buat sendiri bolehlah adjust dari segi kemanisannya.
Saya buat dua jenis-Roti bakar dan roti kukus
Kalau guna Roti benggali lagi sedap tapi masa kejadian hanya ada roti slice sahaja...pun jadilah.
Let's try buat
SANGKAYA HOMEMADE
Bahan-bahan
5-6 helai daun pandan -ambil airnya.
1 biji telur
250 ml susu cair
250 ml air
150 gm gula/ikut citarasa sendiri
2 sudu besar tepung jagung
secubit garam
Cara membuatnya
- Blender daun pandan dengan setengah cawan air dan tapis.
- Dalam bekas,masukkan telur dan gula,kacau sebati.
- Masukkan susu,air daun pandan dan tepung jagung dan kacau sebati.
- Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak dengan api kecil dan sentiasa kacau selama 20 minit.
- Setelah likat matikan api dan tunggu ia sejuk.
- Hidangkan bersama susu cair untuk rasa yang lebih sedap.
- Bahan paling penting- Roti benggali yang di stimkan atau di bakar.
Assalamualaikum Suzana,
BalasPadamsuka tengok kerajinan Suzana sediakan sangkaya ni. Dulu pernah buat sangkaya, tapi masa remaja...dah jadi ibu ni, belum cuba lagi...hiks!
Wssalam Amie..
Padamtryl a buat...sedap tau.