Isnin, 30 April 2018

PUDING SUSU NENAS

Asalam buat semua..
Hari ini saya kongsikan satu resepi puding yang mudah dan ringkas sahaja.
Sedap di makan sejuk-sejuk time panas ni.
Boleh juga di jadikan dessert selepas makan.
Let's try buat

PUDING SUSU NENAS

Bahan-bahan
1 paket agar-agar serbuk/11gm
1 tin susu cair
800 ml air
1 tin nenas kiub-potong kecil/toskan
1 cawan air sirap nenas tin
susu pekat manis -ikut sukatan manis sendiri
1 sudu teh creamy vanila
sedikit pewarna kuning
sedikit garam

Cara membuatnya

  • Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali nenas kiub.
  • Kacau di atas api perlahan sehingga mendidih.
  • Masukkan nenas kiub dan tutup api.
  • Masukkan ke dalam acuan pilihan.
  • Sejukkan dahulu sebelum di masukkan ke dalam peti sejuk.

4 ulasan:

  1. tengok pun dah tau sedappp ni ciksue..makan plak time hari panas2..ihihi..nnt nak try la.. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap pabila larut malam..ehh,pabila di makan sejuk-sejuk!.Senyum.

      Padam
  2. Langkah kanan saya ni...sampai sini jumpa manisan! Lagilah dah masuk peti sejuk...rasa nak bawa lari sepotong dua hihihiiii!

    BalasPadam
  3. Hahaha..sudah melangkah,bolehlah bersilat di dapur pula.
    Malam-malam ada saja orang tu buka peti sejuk nak makan..Senyum.

    BalasPadam