Selasa, 31 Disember 2019

DONUT

Asslam buat semua..
Ia berlalu begitu saja,tanpa peduli apa pun,
tanpa kerelaan,ia tetap berlalu pergi.
Yang tinggal hanya kenangan dan rindu....

Resepi untuk hari ini adalah Donut mudah,starter untuk saya yang tak pernah cuba buat Donut.
Nanti kalau dah pandai sikit,saya cuba buat Donut yang hias cantik-cantik pula.
Setakat untuk cubaan yang pertama ni,letak gula dahulu.
Let's try buat.

DONUT

Bahan--bahan
1/2 kg.tepung gandum/high protein/superfine
1/2 cawan air suam
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat
1 paket Mauripan
secubit garam

2 sudu besar butter
1 sudu besar ovalette
2 sudu besar susu tepung
1/2 sudu kecil baking powder


Cara membuatnya

  • Untuk membuat doh,campurkan air suam,gula,susu pekat dan Mauripan.
  • Doh di kacau sebati dan di perap selama 10 minit atau sehingga berbuih.
  • Dalam bekas lain,sebatikan tepung gandum,susu tepung,baking powder,ovalette dan garam.
  • Kemudian campurkan bahan air tadi,gaul rata dan uli hingga jadi doh.
  • Uli sekejap semua bahan dan yang penting ia sebati.
  • Tutup dengan kain basah selama 30 minit dan doh naik.
  • Jika doh sudah naik,sudah boleh di bentuk.
  • Tunggu naik dulu dan minyakkena panas baru goreng dengan api sederhana.
  • Siap untuk di gaul dengan gula.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum Suzana,
    cantik donut tu... nampak gebu!
    Selamat tahun baru 2020. Teruskan masak-masak ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam Amie..Selamat Tahun Baru 2020 juga dari saya.Saya akan terusmasak-masak dan tetap setia dengan blog ini selagi hayat masih ada.

      Padam