Khamis, 26 Mei 2022

KEK GULUNG VANILA


 Assalam buat semua..
Kali ini saya kongsikan pengalaman membuat Kke Gulung.
Saya belajar membuatnya kerana anak-anak suka makan kek gulung.
Kek gulung yang dibuat sendiri rasanya lebih sedap dan lebih dekat di hati.
Proses mengulung agak susah juga pada mulanya.
Akhirnya selepas beberapa kali membuatnya baru lah dapat rentaknya.
Ia boleh di pelbagaikan corak,rasanya dan juga bahan isian.
Boleh lah kalau nak buat untuk makan sendiri.
Let's try buat

KEK GULUNG VANILA

Bahan
70 gm.tepung gandum
1 sudu besar susu tepung 
       * disatukan dan di ayak.

3 biji telur gred A
60 gm.gula halus
60 ml.minyak jagung
2 sudu besar ovalette
1 sudu teh esen vanila

krim putar
jem blueberry atau strawberi filling.

Cara membuatnya
  • Panaskan oven pada suhu 150'c. Sediakan loyang swiss roll berukuran 7x10 inci.
  • Alas dengan kertas minyak,sapu sedikit mentega pada kertas minyak tadi. Ketepikan.
  • Satukan kesemua bahan di atas kecuali minyak.
  • Putar dengan kelajuan perlahan hingga semua sebati,kemudian tukar pada kelajuan tinggi dan putar hingga kembang dan kelihatan pekat.
  • Tuang minyak dan gaul rata dengan spatula.
  • Tuang kesemua adunan ke dalam loyang dan ratakan.
  • Bakar di dalam oven selama 20-20 minit bergantung pada oven  masing-masing.
  • Bila sudah masak,keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sedikit.
  • Terbalikkan kek atas plastik cling atau baking paper.
  • Buang kertas lapik atas kek dan sapu dengan jem atau krim putar.
  • Gulung perlahan-lahan dengan kemas.
  • Letak di dalam peti sejuk selama 4 jam dan boleh lah di potong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan