Sabtu, 31 Disember 2022

PUDING KASTARD BUAH


 Assalam buat semua..
Tahu-tahu sudah hampir berlalu tahun 2022.
Banyak kenangan suka dan duka di sepanjang tahun ini.
Semoga tahun hadapan,saya akan lebih kuat dan tabah.

Kalau rindu...biar lah ia terus merindu.

Untuk resepi terakhir di tahun 2022 ini,
Saya kongsikan satu resepi dessert Puding Kastard buah.
Nak guna potongan buahan segar ataupun buah koktel semuanya boleh.
Saya guna buahan segar untuk resepi ini.

PUDING KASTARD BUAH

Bahan puding kastard
1 cawan tepung kastard
5 cawan air
1/2 cawan gula
1/2 sudu teh garam

•Campurkan kesemua bahan hingga sebati.
•Masak di atas api perlahan sehingga ia pekat dan likat.
•Bila nampak puding ada letupan kecil,bolehlah diangkat
•Masukkan ke dalam bekas puding pilihan.

Kuah Puding
1 tin susu cair
1 kotak kecil santan segera
2 cawan air
4 sudu makan gula
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh garam 
1 sudu teh esen vanila

•Campurkan kesemua bahan.
•Masak di atas api sederhana hingga kelihatan sedikit pekat.
•Angkat dan sejukkan

Buahan pilihan sendiri atau koktel buah
Strawberi,pisang,kiwi,
Mangga,anggur

Letakkan potongan buahan di atas puding kastard
Masukkan kuah puding dan sedia untuk di makan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan