Selasa, 21 Mei 2024

SIAKAP KENGSOM THAI

Assalam buat semua..

Kali ini masak Ikan Siakap Kengsom,asal dari selatan Thai
Resepinya mudah dan ringkas tapi rasanya sedap dengan rasa masam manis dan tidak muak.
Let's try masak

IKAN SIAKAP KENGSOM THAI

Bahan
1 ekor ikan siakap
3-4 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 ketul kunyit hidup
6-7 tangkai cili padi
1 biji cili merah
1 inci belacan
1 potong nenas
1 inci lengkuas
2 batang serai
Air secukupnya untuk kuah
1/2 biji nenas kecil
1 ikat kangkung
2 biji limau nipis
2 sudu besar sos ikan Thai
Garam secukup rasa

Cara membuatnya
1.Potong menyerong nenas(1/2 biji) untuk masuk dalam kuah dan potong dadu untuk kisar.
2.Potong kasar bawang merah,bawang putih,kunyit hidup,cili padi.
3.Hiris nipis lengkuas,titik serai,potong limau dan perah jus(boleh ganti air asam jawa)
4.Ikan siakap dipotong 4
5.Kisar halus bahan potong kasar,nenas,belacan(boleh ganti perasa) dan air.
6.Masukkan bahan kisar halus dalam kuali,masukkan serai dan lengkuas kemudian reneh sampai agak masak (anggaran 10-15 minit)
7.Tambah air untuk lebih berkuah dan masukkan hirisan nenas.Masak Sampai kuah mendidih.
8.Masukkan ikan dan tutup kejap.
8.Bila ikan dah masak,masukkan sayur kangkung dan tutup api.Akhir sekali masukkan jus limau nipis.
9.Sedia untuk dihidangkan.

Rabu, 8 Mei 2024

BISKUT COKLAT CIPS

Assalam buat semua..
Biskut ini adalah 'A keeper recipe for me'
Senang nak buat dan cepat siap,rangup dan tidak manis sangat
Tiap-tiap tahun wajib buat sebab anak-anak suka makan
Lepas raya masing-masing bawa balik ke tempat tinggal.
Let'try baking

BISKUT COKLAT CIPS

Bahan
250gm mentega
130gm gula kastor
1 biji kuning telur
250gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh emplex
1 sudu teh esen vanila
25gm tepung jagung
50gm nestum
100gm Coklat Cips

Cara membuatnya
1.Ayak tepung gandum,tepung jagung,emplex,baking powder bersama.Ketepikan.
2.Kacau sebati mentega,gula kastor,kuning telur dan esen vanila
3. Masukkan nestum,Coklat Cips dan gaul rata
4.Akhir sekali masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sambil gaul rata
5.Letak diatas baking tray dan bakar dengan suhu 150'c sehingga masak.
6.Sejukkan sebentar sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

Sabtu, 4 Mei 2024

KENTANG PUTAR DAN BEBOLA DAGING

Assalam buat semua..
Saya sudah tidak bertugas ditempat lama
Sekarang ni masa untuk memasak hanya hujung minggu sahaja itupun kalau tidak pergi ke mana-mana
Ahad hingga Khamis saya berada dihospital sehingga jam 5 petang.
Pagi tadi jumpa kentang dan Bebola daging dalam peti ais
Sebelum kentang rosak baik kita buat sesuatu
Let's try masak.

KENTANG PUTAR DAN BEBOLA DAGING

Bahan
Bebola daging secukupnya
-goreng dengan sedikit mentega-ketepikan

Bahan kentang putar
5 biji kentang Russet
2 sudu besar mentega
2 sudu besar mayonis
2 sudu besar susu tepung
Serbuk Lada hitam
Serbuk Lada sulah
Sedikit garam

-Buang kulit kentang,potong dan rebus hingga lembut.Toskan
-semasa masih panas,lecek kentang dengan semua bahan-bahan di atas
-sesuaikan rasanya
-ratakan didalam bekas pilihan

Sos Lada hitam
1/2 labu bawang besar-potong kiub
1/2 biji tomato-potong kiub
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum
Sos tomato
Sos tiram
Kicap manis
Kiub pati ayam
Garam jika perlu
gula perang
Air secukupnya

-cairkan mentega,masukkan bawang dan tomato,tumis sampai layu
-masukkan tepung gandum dan goreng sebentar
-masukkan air,kiub ayam,semua sos,kicap
-masak sampai pekat
-angkat dan curah di atas kentang putar tadi
-letak bebola daging
Hidangkan.

Rabu, 1 Mei 2024

BISKUT DAHLIA

Assalam buat semua,

Biskut Dahlia yang Saya buat untuk Raya lepas
Tiap-tiap tahun mesti buat walaupun tidak standing dengan biskut raya zaman sekarang
Hari ini cuti Hari Pekerja,Jadi dapat jenguk dapur maya ini sekejap
Let's try buat

BISKUT DAHLIA

Bahan
250gm mentega/marjerin
1 cawan susu pekat manis
1 biji kuning telur
1 cawan tepung jagung
1/2 cawan susu tepung
2 cawan tepung kastard
2 cawan tepung gandum-boleh tambah ikut keperluan

Cara membuatnya
1.Satukan mentega/marjerin bersama susu pekat manis dan kuning telur 
2.Kacau rata guna senduk
3.Tambah tepung jagung,susu tepung dan tepung kastard dan adun rata.
4.Uli pakai tangan dan tambah tepung gandum sedikit demi sedikit hingga dapat doh yang sesuatu untuk terap.
5.Guna acuan semperit dan terap hingga habis.
6.Letak hiasan dan bakar dalam oven dengan suhu 150'c sehingga masak.
7.Sejukkan sebentar sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.