Selasa, 31 Disember 2024

SEKAYA LABU

Assalam buat semua,
Ini catatan terakhir di tahun 2024
Walaupun tidak sekerap dulu tapi saya masih kumpul resepi disini
..buat rujukan anak-anak di masa akan datang
..buat kenangan bila sudah semakin berusia,ini sahaja catatan yang tinggal
Banyak kenangan suka dan duka di tahun 2024 sudah ku lipat kemas-kemas.
Selamat tinggal 2024.

Ok,resepi hari ini Sekaya Labu.
Saya suka kuih Sekaya dan Labu
Dulu selalu buat Sekaya Labu yang guna Labu sebiji tu.
Sekarang ni dah ada cara baru seperti ini,lagi mudah dibuat
Secara peribadi,kuih ini amat sedap 
Let'try masak

SEKAYA LABU
Bahan
1/2 biji Labu saiz sederhana
6 biji telur
2 keping gula melaka
1 cawan air
2 helai daun pandan
1 kotak santan(guna 1 tin susu cair)
2 sudu besar gula perang
1 sudu teh esen vanila
Sedikit garam

Cara membuatnya
.Masak gula melaka dengan air dan daun pandan.Sejukkan
.Panaskan pengukus
.Buang kulit labu dan potong ikut kesukaan
.Dalam blender,masukkan telur,esen vanila,garam,gula perang,air gula melaka dan blend
.Susun Labu dalam bekas sesuai
.Tapiskan adunan kedalam bekas dan kukus hingga masak
Bila sudah masak,sejukkan dahulu sebelum dihidangkan.

Sabtu, 14 Disember 2024

KEK SARANG SEMUT


 Assalam buat semua..
Hujung minggu pertengahan Disember ini,banyak masa dihabiskan di rumah saja
Hujan yang berterusan masih lagi turun walaupun tidak lebat seperti dua minggu lepas
Saya habiskan masa dengan cuba resepi baru yang dikumpul dari IG,TikTok dan Facebook.
Kek Gula Hangus hari ini adalah cubaan yang ke-9
Banyak-banyak resepi kek yang saya telah cuba tapi entah lah kenapa kek ini lah yang paling tidak menjadi
Syukur lah hari ini baru rasa puashati untuk diri sendiri
Lembut dan yang penting ada 'sarang semut'tu
Kek kesukaan my Bff❤️
Let's try baking

KEK GULA HANGUS

Bahan
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar marjerin

Panaskan gula dengan api perlahan
Bila gula sudah keperangan dan mencair,masukkan air panas perlahan-lahan
Tambah 2 sudu besar marjerin,kacau rata
Ketepikan.

1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
4 biji telur
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila

Cara membuatnya
Panaskan pengukus
Kacau telur,susu pekat manis guna whisk
Masukkan esen vanila
Tambahkan air gula hangus tadi dan kacau rata
Tambahkan tepung,baking soda,baking powder.Gaul sebati
Tapiskan adunan ke dalam loyang 7 inci
Tutup atas loyang dengan aluminium foil untuk elak air menitis di atas kek.
Kukus sehingga masak

Isnin, 2 Disember 2024

PIZZA BUN

Assalam buat semua...
Banjir semakin pulih hari ini iaitu hari ke-6 semenjak bermulanya banjir pada hari Rabu lepas-27/11/2024
Semoga dipermudahkan semua urusan orang-orang yang terlibat dalam banjir yang agak teruk juga
Saya tetap pergi bertugas seperti biasa
dan masuk dapur bila ada kelapangan
Pizza bun ini pernah saya buat dulu tapi menggunakan bun kecil
Kali ini saya gunakan bun burger
Let's try buat

PIZZA BUN
10 biji bun burger
Ayam cincang
4 biji cendawan shiitake/cendawan tin-,potong nipis
1 biji tomato-potong kiub
1 biji biji bawang besar-potong kiub kecil
5 ulas bawang putih-cincang
Serbuk lada hitam
Serbuk lada putih
1 kiub pati ayam
Mayonis 
Cheese sos
Planta
keju mozarella parut

Cara membuatnya
1.Ambil bun dan tekan dengan mug supaya membentuk lubang di tengah
2.Susun dalam loyang yang disapu dengan planta
3.Cairkan sedikit planta dan sapu pada kesemua bun

Cara buat inti
1. Cairkan planta dan masukkan bawang besar dan bawah putih cincang
2.Tumis sebentar sampai naik baunya dan masukkan cendawan dan tomato
3.Masukksn isi ayam,biar ayam masak dan tambah kiub pati ayam,serbuk lada hitam dan lada putih.
4.Angkat dan masukkan kedalam bekas dan gaul dengan sedikit mayonis.
5.Isikan inti dalam kesemua bun,paipkan mayonis dan sos cheese
6.Taburkan keju mozarella parut dan bakar dalam oven dengan suhu 140'C sehingga keju berwarna sedikit perang