Selasa, 31 Disember 2024

SEKAYA LABU

Assalam buat semua,
Ini catatan terakhir di tahun 2024
Walaupun tidak sekerap dulu tapi saya masih kumpul resepi disini
..buat rujukan anak-anak di masa akan datang
..buat kenangan bila sudah semakin berusia,ini sahaja catatan yang tinggal
Banyak kenangan suka dan duka di tahun 2024 sudah ku lipat kemas-kemas.
Selamat tinggal 2024.

Ok,resepi hari ini Sekaya Labu.
Saya suka kuih Sekaya dan Labu
Dulu selalu buat Sekaya Labu yang guna Labu sebiji tu.
Sekarang ni dah ada cara baru seperti ini,lagi mudah dibuat
Secara peribadi,kuih ini amat sedap 
Let'try masak

SEKAYA LABU
Bahan
1/2 biji Labu saiz sederhana
6 biji telur
2 keping gula melaka
1 cawan air
2 helai daun pandan
1 kotak santan(guna 1 tin susu cair)
2 sudu besar gula perang
1 sudu teh esen vanila
Sedikit garam

Cara membuatnya
.Masak gula melaka dengan air dan daun pandan.Sejukkan
.Panaskan pengukus
.Buang kulit labu dan potong ikut kesukaan
.Dalam blender,masukkan telur,esen vanila,garam,gula perang,air gula melaka dan blend
.Susun Labu dalam bekas sesuai
.Tapiskan adunan kedalam bekas dan kukus hingga masak
Bila sudah masak,sejukkan dahulu sebelum dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan