Selasa, 25 Ogos 2026

PIZZA ROTI SANDWICH

Assalam buat semua..
Saya buat pizza guna roti sandwich.
Mudah sahaja dan cepat boleh makan
Saya guna bahan yang ada didapur sahaja
Untuk loyang ini,saya menggunakan 6 keping roti sandwich.
Let's try masak

PIZZA ROTI SANDWICH

Bahan
6 keping roti sandwich

Bahan topping
1/2 biji capsicum hijau dan merah
Ayam/daging cincang
2 hatang sosej-potong bulat
3 biji cendawan shiitake-hiris nipis
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
Serbuk pati ayam
Cili flakes
Serbuk Oregano/Italian herbs
Sos pasta traditional atau sos tomato
Keju mozzarella

Cara membuatnya
Sapu loyang dengan marjerin
Susun roti rapat-rapat.
Sapu sos pasta 
Ketepikan

Bahan topping
Cincang bawang besar dan bawang putih
Panaskan sedikit minyak dan tumis hingga naik bau
Masukkan isi ayam/daging cincang dan gaul rata
Bila isi ayam/daging masak,masukkan cendawan,sosej dan capsicum
Gaul rata dan tambahkan serbuk pati ayam,oregano atau apa-apa penyedap rasa pilihan.
Sesuaikan rasanya dan boleh lah diangkat
Letak bahan topping diatas roti tadi dan ratakan
Taburkan keju Mozarella dan cili flakes
Bakar dalam oven dengan suhu 140'c api atas sahaja hingga keju mencair.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan