Assalam buat semua..
Ketupat Sotong adalah salah satu makanan kesukaan saya sejak dulu lagi.
Pemanis mulut ini adalah salah satu dari makanan traditional Kelantan
Nampak macam pelik sebab sotong di makan manis
Tapi sebenarnya ia amat sedap
Waktu mula-mula belajar membuatnya dulu,
Sotong selalu saja pecah kerana teknik membuatnya tidak betul.
Lama-kelamaan saya sudah tahu dimana silapnya..
iaitu saya letak beras pulut sampai penuh di dalam sotong.
Saya belajar membuatnya kerana Amzar sangat suka makan Ketupat Sotong.
Let's try buat
KETUPAT SOTONG
Bahan
1/2 kilo Sotong
Beras pulut secukupnya
1 kotak kecil Santan
Daun pandan
3 keping Gula melaka atau ikut kemanisan sendiri
1 sudu teh halba
halia racik
Garam
Cara membuatnya
Basuh beras pulut dan rendam sebentar.
Bersihkan sotong,asingkan kepalanya
Toskan beras pulut,masukkan kedalam bekas.
Tambah sedikit garam ke dalam santan dan kacau rata.
Masukkan santan kedalam beras pulut
Ambil sotong,masukkan 1/2 penuh beras pulut,pasangkan kepala sotong dengan lidi kecil.
Lapik dasar periuk dengan daun pandan yang disiat-siat.
Buat hingga habis dan susun semua sotong didalam periuk.
Tapis Santan serta santan selebihnya,halba dan halia racik.
Masak sotong dengan api perlahan
Bila sotong kelihatan mengeras,masukkan gula melaka mengikut kemanisan yang disukai.
Teruskan masak hingga gula melaka larut dan masak elok,boleh lah di angkat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan