Sabtu, 12 November 2011

FRUITY BREAD TRIFFLE

Satu lagi dessert yang pernah saya cuba resipinya.Dessert ini telah di buat pada Hari Raya Aidil Adha yang lepas.Rasanya boleh tahan sedap juga bila di makan sejuk-sejuk.Lapisan bawahnya adalah roti.Resipi sebenarnya menggunakan pisang tetapi kat dapur cuma ada betik yang masak ranum.Oleh itu saya guna apa yang ada.


FRUITY BREAD TRIFFLE
Sumber:Treat n Trick
Terjemahan:Ummi@home sweet home.Tq!

Bahan-bahan
  • 4 keping roti
  • 2 biji pisang-dilecek(saya guna betik)
  • 1/2-3/4 cawan buah peach-cincang
  • 150 ml. plain yogurt
  • sirap dari buahan dalam tin
Cara membuatnya
  • Roti di sapu mentega dan jem kemudian di potong kiub.
  • Basahkan dengan sirap buahan.
  • Lapiskan dengan pisang yang telah di lecek dan buah peach yang di cincang tadi.
  • Tutupkan dengan yogurt dan letakkan hirisan buah peach.
  • Sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam sebelum di hidang.

Jumaat, 11 November 2011

MAKARONI GORENG

Azim request nak makan Makaroni goreng.Dah lama sebenarnya saya tak goreng makaroni,asyik dok goreng mee dan mee hoon saja.Mujur juga ada stok Makaroni yang belum di masak.


Semasa merebusnya saya terleka di depan PC menyebabkannya jadi 'over cooked'.Jadi bila di goreng agak lembik sedikit.Tapi tak apa la Azim makan dengan berselera sekali.

MAKARONI GORENG
Bahan-bahan
  • 250gm.makaroni-di rebus
  • udang,isi ayam,sotong
  • 1/2 tin cendawan butang-di hiris
  • 4 sdb.cili kering kisar
  • 2 sdb.bawang merah kisar
  • 1 sdb.bawang putih kisar
  • 2 sdb.sos cili
  • 2 sdb.sos tiram
  • 2 sdb.sos tomato
  • 2 sdb.sos pasta
  • 2 sdb.udang kering kisar
  • kubis/sayur pilihan
  • gula /garam secukup rasa
  • 2 biji telur -di pukul sedikit
Bahan tabur
  • bawang goreng.
  • cili merah-hiris halus
  • daun bawang/sup
Cara membuatnya
  • Panaskan minyak dan tumis bawang kisar.
  • Bila naik bau masukkan udang kering,tumis sebentar baru di masukkan cili kering .
  • Bila cili masak,masukkan kesemua sos dan biarkan sebentar.Tambahkan sedikit air.
  • Masukkan udang ,isi ayam dan sotong serta cendawan butang.Tambahkan garam/gula secukup rasa.
  • Bila lauknya masak masukkan telur dan makaroni serta kubis.
  • Goreng sebentar hingga kesemuanya bergaul rata dan apabila masak bolehlah di angkat.
  • Hidangkan dengan di tabur bawang goreng,daun bawang/sup yang di hiris halus dan cili merah.

PENURUNAN BERAT BADAN

Pemakanan untuk Penurunan Berat Badan


  • Jika anda mengurangkan pengambilan kalori sebanyak 500 kkal sehari , anda boleh menurunkan berat badan sebanyak 0.5 kg seminggu.
  • Dalam sebulan,anda akan kehilangan berat badan sebanyak 2 kg hingga 4 kg.
  • Pengurangan berat badan yang disarankan adalah sebanyak 10% daripada berat badan asal dalam masa 6 bulan.
  • Sekiranya penurunan berat badan melebihi 10% dalam masa 6 bulan , anda akan;
    • Berisiko tinggi mendapat batu hempedu
    • Elektrolit tidak normal
    • Kekurangan nutrien
    • Peningkatan asid urik
    • Kehilangan protein dan otot
  • Selepas 6 bulan,penurunan berat badan akan statik dan anda tidak akan mengalami penurunan berat badan lagi.
  • Ini adalah kerana ,apabila berat badan anda menurun , tahap metabolisme juga menurun kerana kehilangan otot-otot.
  • Oleh yang demikian, adalah penting untuk menggabungkan DIET dan SENAMAN dalam proses penurunan berat badan .

Pengurusan Pemakanan Untuk Berat Badan Berlebihan



  • Untuk menurunkan berat badan
  • Untuk mengekalkan berat badan yang normal.
  • Untuk menghalang peningkatan berat badan .
  • Untuk mengurangkan risiko darah tinggi , diabetis mellitus dan penyakit jantung .
  • Untuk meningkatkan kualiti kehidupan,berasa lebih sihat dan bertenaga.
  • Untuk mengurangkan pengambilan kalori. 

Untuk mengurangkan berat badan , anda perlu mengurangkan pengambilan makanan secara berperingkat dengan teratur
·  Pastikan anda mengikut Panduan Pemakanan Malaysia.
·  Cuba kurangkan pengambilan hasil bijirin , ubi - ubian, ikan , ayam , daging dan kekacang.
  Kurangkan pengambilan kalori dengan ;

  1. menggunakan sedikit minyak semasa memasak
  2. mengurangkan penggunaan gula seperti gula pasir , gula perang , madu dan gula yang tersembunyi dalam makanan dan minuman.
  3. meningkatkan pengambilan serat seperti sayur - sayuran , buah -buahan dan hasil bijirin seperti oats kerana makanan ini akan menyebabkan anda berasa kenyang dalam jangkamasa yang lebih lama.
  4. minum air kosong dengan banyak sekiranya mengambil makanan tinggi serat

                                                                      

Indeks Jisim Tubuh ( BMI )

Indeks Jisim Tubuh adalah satu pengukuran yang digunakan untuk menentukan samada berat badan anda normal atau tidak .
Indeks Jisim Tubuh yang normal ialah dari 18.5 hingga kurang daripada 25.

BMI =
 
     Berat (kg)      
Tinggi ( m ) x Tinggi ( m )


Jika BMI anda adalah
Anda adalah
Kurang daripada 18.5
Kurang Berat Badan
18.5 hingga kurang 25
Normal
25 hingga kurang 30
Berlebihan Berat Badan
30 atau lebih
Kegemukan / Obesiti

Contoh Menu untuk Penurunan Berat Badan


  • Saranan Pengambilan Diet seharian bagi warga emas lelaki adalah 2000 kkal dan warga emas perempuan adalah 1800 kkal.
  • Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan , saranan pengambilan diet seharian ialah 1200 kkal hingga 1500 kkal .
  • Dapatkan nasihat Pakar Pemakanan atau Dietitian untuk menentukan keperluan anda

Contoh Menu 1200 kkal


Sarapan
(7.00 - 7.30 pagi)
  • 2 keping roti mil penuh + 1/4 sudu teh marjerin lembut + 2 hiris tomato + salad
  • 1 cawan susu rendah lemak
Makan Tengahari
(12.30 - 1.00 tgh)
  • 1 cawan nasi putih / 2 cawan bubur nasi
  • 1 mangkuk sederhana sup sayur
  • 1 keping ikan tenggiri kukus
  • 1 biji limau
  • 1 gelas air kosong
Minum Petang
(3.30 - 4.00 ptg )
  • 3 keping biskut krim kraker
  • 1 gelas air kosong
Makan Malam
( 6.30 - 7.00 ptg )
  • 1 cawan nasi putih / 2 cawan bubur nasi
  • 1/2 cawan kailan tumis
  • 1 mangkuk sederhana tom yam ( 1 ketul peha ayam ) + 1/2 cawan ( bunga kobis + lobak merah+ seleri + tomato )
  • 1 potong tembikai.
  • 1 gelas air kosong

Contoh Menu 1500 kkal


Sarapan
(7.00 - 7.30 pagi)
  • 1 mangkuk sederhana mee hoon sup ( 1 cawan mee hoon ) + 1/2 cawan sawi + hirisan ayam
  • 1 cawan susu rendah lemak
Minum Pagi
(10.00 - 10.30 pagi)
  • 1 keping roti mil penuh
  • 1 gelas air kosong
Makan Tengahari
(12.30 - 1.00 tgh )
  • 1 cawan nasi putih / 2 cawan bubur nasi
  • 1/2 cawan bayam tumis
  • 1/2 cawan salad
  • 1 keping ikan merah kari tanpa santan .
  • 1 potong betik
  • 1 gelas air kosong
Minum Petang
(3.30 - 4.00 ptg )
  • 1 keping popia basah
  • 1 cawan susu rendah lemak
Makan Malam
( 6.30 - 7.00 ptg )
  • 1 keping capati
  • 1/2 cawan ( dhal + kacang panjang + kentang )
  • 1/2 cawan bendi tumis
  • 1 ketul peha ayam tandoori
  • 1 potong tembikai susu
  • 1 gelas air kosong

Penurunan Berat Badan - Kekal Sihat Dan Cergas


  • Penurunan berat badan terbukti dapat menurunkan tekanan darah bagi individu yang berlebihan berat badan.
  • Anda perlu mengawal pengambilan makanan anda berdasarkan Panduan Pemakanan Untuk Penurunan Berat Badan. Lakukan senaman secara teratur. 
Sumber:Bahagian Pendidikan Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar:Cik Google

    PULUT DURIAN

    Saya buat pulut durian setelah membelinya di tempat jualan durian di tepi jalan semasa dalam perjalanan balik dari kampung kat Jerteh,Terengganu di sepanjang jalan semasa musim durian yang lepas.kalau nak makan macam tu saja lambat habis pula.Dah lama tak makan pulut durian .Rasa sedap pula.

    Pulut Durian
    Bahan-bahan
    • beras pulut
    • santan 
    • gula melaka-di racik halus
    • gula/garam
    • beberapa ulas durian
    Cara membuatnya
    • Beras pulut di cuci bersih kemudian di tanak atau di kukus.
    • Santan di campur sedikit garam dan gula(tidak perlu di masak).
    • Semasa menghidang letakkan pulut,durian dan taburkan gula melaka kemudian curahkan santan di atasnya.
    • sedia untuk di makan.

    CIK PAH'S WEDDING

    Salam sayang untuk semuaaa..dedikasi khas entri ini untuk majlis perkahwinan Cik Pah cumeel.Baby Rayyan semasa dalam kereta dalam perjalanan ke rumah Cik Pah...muaaah nak cayang Baby!.                                        

    Pelamin Cik Pah yang cantik dan di hiasi bunga-bunga kaler merah jambu dan ungu.Nampak cantik macam dalam taman bunga.Kami bergambar sakan mujur pelamin tak runtuh!.



    Cik Pah dan Ariey dah selamat melangsungkan perkahwinannya yang gemilang.Nampak bahagia dan sepadan.

    Antara tetamu yang meraikan Cik Pah ialah..
    Hazrat Omar Rayyan dan umminya Najahie Aman.



    B-jane dengan Cik Pah.saya?tak de dalam gambar ,juru foto bebas mana boleh masuk!.




    Emma(ibu mithali) dan 2 anak kembarnya-Alisha dan Alia dan baby Adam Nazrin yang cumeel dan pipinya tembam.
    Duduk kat bawah anak Cik Tie-Ecad dan Aiffa.







    Pasangan bahagia hingga ke syurga iaitu Cik Tie dan Abe Ije yang sporting.





    Emma dan baby Adam bersama Cik Pah di atas pelamin.Hu..hu nak cium baby Adam cumeel tak leh!.




                            ** IFFAH DAN ARIEY**


    SELAMAT PENGANTIN BARU..untuk Cik Pah cumeel semoga berbahagia dan bercinta sampai ke Syurga..Amin.

    Khamis, 10 November 2011

    ROTI LAPIS DAGING

    Haaiii....hari ini saya mula bercuti selama empat hari.Petang nanti nak gi makan kenduri kat rumah Cik Pah cumeel tu bersama -sama rombongan Cik Kiah glamer.Sebelum tidur sempat lagi masukkan entri Roti lapis daging yang saya buat ketika Hari Raya Aidil Adha yang lepas.Resipinya di salin dari Blog Citarasawan.Terimakasih Kak Wan di atas resipi ini.
    ROTI LAPIS DAGING
    Sumber:Citarasawanblogspot.com 
    Bahan-bahan
    • 2 bungkus roti sandwich sedang(buang tepi dan potong empat)
    Bahan inti daging
    • 500 gm.daging cincang
    • 1 biji bawang besar -potong dadu
    • 2 ulas bawang putih-cincang
    • 2 sdb.rempah kari
    • garam/gula secukup rasa
    Bahan kisar
    • 2 ulas bawang putih
    • 2 ulas bawang merah
    • 1 hiris halia
     
    Bahan bancuhan telur
    • 80 gm.mentega -di cairkan
    • 5 biji telur
    • sedikit lada sulah
    • 400 ml.susu cair(1 tin)
    Bahan hiasan /tabur
    • 2 tangkai cili merah-hiris nipis
    • 1 tangkai daun bawang/sup
    • bawang goreng secukupnya
    Cara membuatnya
    Inti daging 
    • Panaskan minyak,tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
    • Masukkan bahan kisar dan rempah kari yang telah di bancuh dengan sedikit air.
    • Gaul hingga rata,biarkan seketika hingga naik baunya.
    • Masukkan daging kisar dan sedikit air,gaul rata dan masak hingga daging empuk.
    • Perasakan dengan garam/gula secukupnya.Angkat dan ketepikan.
    Bancuhan telur
    • Pecahkan telur ke dalam mangkuk,masukkan mentega cair,susu cair dan lada sulah.Kacau hingga rata.
    • Sediakan mangkuk tahan panas,lengser marjerin di sekelilingnya.
    • Celupkan roti yang di potong tadi ke dalam bancuhan telur,kemudian susun hingga memenuhi dasar mangkuk sambil di tekan hingga padat.
    • Taburkan inti daging di atas roti.
    • Buat berselang -seli lapisan daging hingga roti habis.
    • Akhir sekali curahkan lebihan bancuhan telur ke atasnya dan taburkan lebihan inti daging.Bakar pada suhu 160'c selama 30-45 min. atau hingga masak,bila di cucuk tidak melekat.
    • boleh di makan begitu saja atau bersama sos cili.

    Rabu, 9 November 2011

    CREAM PUFF

    TIP MEMBUAT CREAM PUFF
    •  Cream puff sebenarnya diperbuat daripada adunan Choux pastry. 
    • Choux pastry yang dibuat dengan resipi dan teknik yang betul akan menghasilkan rongga udara di dalamnya. Ruang udara yang terhasil akan membuatkan choux pastry lembut dan ringan.
    • Teknik ketika anda membancuh tepung dengan cecair (mentega yang dicampur air) perlu diberi perhatian. Anda perlu memasukkan tepung apabila cecair itu mendidih.
    • Pastikan merjerin atau mentega telah sepenuhnya cair dalam air. Ketika masukkan tepung, kacau dengan cepat.
    • Jangan biarkan air terlalu lama mendidih kerana ini akan mengurangkan air dan membuatkan adunan anda menjadi terlalu keras. Tepung yang bercampur perlu kelihatan kental dan tidak terlalu cair.
    • Kacau tepung sehingga ia kurang melekat di sekeliling periuk atau kuali. Sekiranya terlalu cair anda perlu mencampurkan sedikit lagi tepung dan masak lagi supaya airnya dapat disejat.
    • Selain itu, anda perlu sejukkan adunan tepung itu sebelum anda campurkan dengan telur. Pastikan ia betul-betul sejuk. Fungsi telur dalam choux pastry membantu cream puff anda naik dan membentuk rongga di dalamnya. 
    • Masukkan telur satu persatu dan dikacau sebati. Adunan yang dikacau perlu kelihatan licin dan berkilat. 
    • Paipkan choux pastry mengikut bentuk yang anda suka atas dulang yang telah siap disapu mentega. Dulang perlu disapu mentega supaya choux pastry yang dibakar mudah ditanggal. 

    • Adunan yang betul boleh dilihat apabila choux pastry yang dipaip dapat mengekalkan bentuknya sebelum dibakar. Anda perlu merenjiskan sedikit air pada choux pastry. 
    • Fungsi air untuk menghasilkan wap air yang dapat membentuk rongga dalam choux pastry. Akhir sekali, bakar choux pastry dengan suhu 220 C pada 15 minit awal pembakaran.
    • Suhu yang tinggi ini akan menukarkan air kepada wap yang akan membentuk rongga dalam choux pastry anda nanti. Kemudian turunkan suhu ke 190 C dan teruskan membakar selama 15 minit lagi. Jangan sekali-kali membawa keluar choux pastry sebelum ia cukup keras dan masak. Ini akan menjatuhkan choux pastry.
     Sumber:dari dapur Azli Razali

      Ahad, 6 November 2011

      AIS KRIM ROTI

      Salam sayang untuk semua silent reader dan juga follower blog ini.Hari ini saya nak tunjukkan salah satu resipi ais krim yang pernah saya buat dan juga menjadi pojaan hatiku!.Saya membuatnya mengunakan resipi ais krim yang pernah di baca tapi lupa pula siapa yang menulisnya.Hari tu kan makan kat tempat kerja ais krim yang di letak roti ni,apalagi balik rumah terus je buat.Saya adalah peminat ais krim tak kira cuaca.Laa..patut pun tak slim-slim sampai la ni!.

      Ais krim roti
      Bahan-bahan ais krim
      • 2 cawan susu segar/susu perisa yg.lain
      • 2 1/2 cawan coffeemate/susu tepung
      • 1/2 cawan gula aising
      • 1 sdt.esen vanila
       Hiasan(spt.dlm.gambar)
      • 2 keping roti di potong kiub 
      • buah segar/buah koktel
      • 1 sdb.biji selasih(di rendam dgn.air panas hingga kembang)

      Cara membuatnya
      • Susu,coffeemate dan gula aising di blend selama 3 min.Tambahkan esen vanila.
      • Jika ingin di masukkan buahan segar bolehlah di blend sekali
      • Bekukan selama 8 jam/lebih bergantung kepada peti ais masing-masing.
      Cara menghidang 
      • Letakkan roti yang di potong kiub di dasar gelas
      • Skopkan ais krim di atasnya.
      • Letakkan buah-buahan dan biji selasih
      • Boleh juga di letak sos strawberry/sos coklat hershey.

      SINGGANG IKAN DURI

      Salam di Aidil Adha.Hari ni kita intro sikit pasal Wukuf di Arafah.Perkataan wukuf dalam bahasa Arab bermaksud berhenti sebentar iaitu berada seketika di Padang Arafah yang berkeluasan 16km persegi dari masuk waktu Zohor hingga ke waktu Marghrib.Semua umat Islam berjumlah 3 billion orang akan berada di Arafah untuk mengenang kembali dosa-dosa silam yang mereka lakukan sambil menunaikan ibadat-di petik dari Buletin Utama TV 3 -6 Nov.2011.
      Hari ini saya nak masukkan entri pasal Singgang Ikan Duri.Ia adalah lauk kegemaran kami berdua dan juga lauk kegemaran arwah ayah.Ikan ini sedap juga di masak Asam pedas.Kalau nampak kat atas meja makan tu tak boleh tidak mesti kena makan juga.Pasal tu la jadual diet entah ke mana-mana!.

      SINGGANG IKAN DURI
      Olahan:daridapursuzana
       
      Bahan-bahan
      • 4 ulas bawang putih-di ketuk
      • 1 labu bawang merah besar-di hiris nipis
      • 1 inci lengkuas-hiris nipis
      • 2 keping asam kandis
      • garam secukup rasa
      • air secukupnya

      Cara membuatnya
      • Bersihkan ikan dan masukkan ke dalam periuk.
      • Masukkan air secukupnya untuk kuahnya serta tambahkan bawang putih dan merah,lengkuas dan asam kandis.Renehkan hingga mendidih dengan api sederhana.
      • Masukkan garam secukup rasa.Bila ikan nampak masak bolehlah di angkat.

      JENIS-JENIS TEPUNG

      Di sini saya ingin berkongsi sedikit info mengenai tepung.Sumbernya dari Chef Hanieliza Fotopages.Terimakasih ye Kak Liza tentang info ini.Saya ingin berkongsi di blog ini pula sebagai rujukan di masa akan datang.


















      • TEPUNG SERBA GUNA
      Tepung serba guyang sesuai untuk sebarang jenis masakan. Secara lazimnya, kita menggunakan tepung gandum (biasa) kerana lebih mudah didapati.

      • TEPUNG BERPROTEIN TINGGI
      Tepung berprotein tinggi untuk membuat roti kerana daya menganjalnya agak tinggi, jadi lebih sempurna setelah diadun dengan yis. Tepung ini mempunyai tahap glutein yg tinggi.
      • TEPUNG BERPROTEIN RENDAH
      Tepung berprotein rendah pula adalah lebih sesuai untuk dibuat kuih pau dan seumpamanya.

      • TEPUNG GANDUM
      Tepung gandum biasa yang banyak dipasarkan secara komersial. Fungsinya serupa dengan tepung serbaguna.
      • TEPUNG KRIMER
      Krimer adalah seperti susu (berlemak tambahan) yang sering dibubuh ke dalam minuman seperti Nescafe atau teh. Boleh dibeli di dalam pek atau di dalam botol sebagai Non-Dairy Creamer. Yang dimaksudkan di sini, adalah tepung susu daripada jenama “Carnation”.
      • TEPUNG NAIK SENDIRI/SELF RAISING FLOUR
      Tepung naik sendiri atau juga dipanggil tepung berserbuk penaik mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder / soda bicarbonate). Tepung jenis ini banyak dijual di pasaraya. Namun jika tiada, ayak 250 gm tepung gandum dengan 1 sudu makan (rata) serbuk penaik. Hasilnya tetap sama.
      • TEPUNG SUPERFINE atau SOFT FLOUR
      Superfine sama dengan flourcake flour.Tekstur tepung ini halus,seperti self raising flour tapi tiada bahan penaik didalamnya seperti self raising flour.Tepung ni di kelaskan dalam tepung low protien.

      • TEPUNG ROSE atau TEPUNG BISKUT
      Rose Flour ada mengandungi bahan yg boleh merangupkan biskut tetapi anda tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung jika sukatan tepung jagung
      itu tidak terlalu banyak. Biskut yg diperbuat dengan Rose Flour akan menjadi lebih rangup jika dibandingkan dengan biskut dari tepung gandum.Tepung Rose juga dikenali sebagai Tepung Top dan Tepung cookies.Elok kalau dibuat Biskut Almond London.

      • TEPUNG HONG KONG
      Tepung Hong Kong juga dikenali sebagai Water Lily Flour, iaitu sejenis tepung yang sangat putih sering kali digunakan untuk membuat pau. Sesetengah kedai membekalkan peralatan kek atau biskut tidak menjual tepung jenis ini kerana ia mudah rosak (sama ada berkutu atau berkulat). Sebagai gantinya, gunakan tepung pau di dalam kotak (jenis Blue Key atau jenama lain yang bersamaan nilai-nilai protein di dalamnya) walaupun hasilnya mungkin tidak serupa tetapi rasanya tetap serupa.

      • TEPUNG PULUT
      Glutinous rice flour ialah tepung pulut (berwarna putih) dan diimpot dari negara jiran, Thailand. Plastik pembungkusannya hampir sama dengan plastik tepung beras jadi, jangan terkeliru. Dihasilkan dengan teknologi moden sehingga semua kandungan khasiat yang ada pada beras tidak hilang.
      Tepung ini mengandungi 100% beras merah asli. Yang dimaksud dengan beras merah bukanlah beras itu berwarna merah, sebaliknya beras yang telah dibuang bahagian merah pada mata padinya. Selain kaya dengan vitamin E dan B serta mudah dicerna, pengidap penyakit kencing manis dan ibu mengandung, sesuai mengamalkannya.

      • TEPUNG WHOLEMEAL atau TEPUNG ATTA
      Tepung gandum tulen yang mengandungi serat gandum yang tidak hancur. Tepung ini tidak boleh diayak dan jika digunakan, hasil roti atau muffin agak berat (heavy-textured).


      • TEPUNG HOEN KWEE
      Tepung hoen kwee digunakan untuk buat kuih muih bagi sesetengah masyarakat. Namun di pasaran tepung jenis ini mempunyai pelbagai jenis warna pada pembungkusnya. Plastik berwarna oren mempunyai adunan tepung kekuningan (pastel yellow).
      Manakala plastik hijau mengandungi adunan tepung kehijauan (pastel green) tetapi anda perlu mencampurkannya dengan jus pandan dan beberapa titik pewarna hijau untuk mendapatkan warna yang terang. Sementara plastik biru mengandungi adunan tepung putih. Gunakanlah mengikut kesesuaian anda.

      • TEPUNG KASTAD
      Selain mewangikan, tepung kastad akan membuat tekstur kek lebih rapat. Anda boleh gantikan tepung kastad dengan tepung gandum jika suka. Bagaimanapun untuk mendapatkan kek yang lebih gebu, gantikan juga tepung gandum dengan tepung naik sendiri dan lihatlah hasilnya. 


      • TEPUNG UBI
      Tepung kanji adalah tepung ubi kayu (lebih meliatkan adunan) namun bagi sesetengah tempat, biasa juga menggantikannya dengan tepung sagu (sago flour).


      • TEPUNG JAGUNG
      Tepung jagung fungsinya memang memekatkan walaupun agak berbeza dari penggunaan tepung ubi.
      • TEPUNG NAIK SENDIRI
      Tepung naik sendiri adalah SELf-RAISING FLOUR atau ‘Flour with Added Raising Agent’. Tepung naik sendiri mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder / soda bicarbonate)

      • TEPUNG GLUTINOUS RICE
      Glutinous rice flour ialah tepung pulut (putih) yg dijual di merata kedai (termasuk kedai mamak). Ia diimport dari Thailand. Plastik pembungkusnya hampir sama dengan paket rice flour (tepung beras), jadi, jangan terkeliru.
      • TEPUNG BERAS
      Terdiri dari gluten-free, dibuat dari beras yang dimesin halus. Banyak digunakan dalam membuat kueh tradisional (kueh apam, lapis, talam) dan juga sebagai bancuhan gorengan kueh, juga untuk pembuatan bihun dan laksa.
      • TEPUNG SAGU
      Terdiri dari tepung yang gluten-free. Dibuat dari bahagian tengah pokok sagu.
      Batang pokok sagu dikisarkan dan direndamkan supaya sagunya mendap. Mendapan ini dikeringkan dan dijadikan tepung. Selalunya digunakan dalam membuat bubur, lempeng, keropok.

      • TEPUNG KEK
      Tepung kek atau cake flour tidak banyak bezanya dengan superfine flour (boleh dibeli di dalam kotak) tetapi, anda akan dapat hasil yg agak sama jika anda mengayak tepung gandum sebanyak 3 kali.
      • TEPUNG OPTIMA
      Tepung Optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya.
      Tepung Optima ini adalah tepung yang telah siap sedia untuk kita menyediakan Kek Sponge. Apa yang perlu kita buat adalah hanya masukkan telur, air mentega dan tepung optima. Pukul adunan itu semua dengan mixer sehingga adunan menjadi pekat dan likat. Kemudian ia sedia dibakar.

      • TEPUNG KACANG HIJAU
      Selalu digunakan untuk membuat kueh koleh kacang dan kueh tepung gomak. Terhasil dari kacang hijau yg digorengkan tanpa minyak, kemudian dibuangkan kulitnya dan dikisarkan menjadi tepung. Banyak dijual di kedai dalam paket bewarna agak kekuningan. Tepung ni berbeza dari tepung hoen kwee (juga tepung kacang yg diimpot dari Indonesia untuk membuat kueh tako).

      • TEPUNG BISKUT MARIE
      Sejenis tepung yang selalu digunakan dalam pembuatan kek lapis. Ia terhasil daripada biskut marie yg dikisar halus dan diayakkan. Ulangi mengisar sehingga betul-betul halus.
      Gambar:Cik Google