Sabtu, 6 Jun 2020

KUH PUTERI MANDI

Assalam buat semua..
Esok jam 1500,PM akan buat perutusan tentang PKP-B.
Semoga semuanya bertambah baik.
Kuih Puteri mandi adalah salah satu dari kuih tradisional Kelantan.
Dulu-dulu saya tidak berapa suka makan kuih ni dek terlalu manis untuk selera saya.
Bila dah berumur ni,baru ada hati nak cuba membuatnya.
Tapi selalunya saya akan ejas dia punya rasa supaya tidak terlalu manis.
Kelapa muda yang di gunakan ada dua rasa,di letakkan gula sahaja(putih) ataupun menggunakan Gula melaka(coklat).
Puteri mandi di buat warna -warni jika ada mood rajin macam saya ni,ataupun warna hijau atau putih sahaja.
Kuih Puteri Mandi ini agak popular dalam bulan puasa.
Sementara PKP yang masih berjalan ni,kuih yang tak pernah saya buat pun,saya cuba membuatnya.

Begitu lah..ada hikmahnya di situ.
Kelapa muda parut pula di ambil dari pokok Kelapa pandan di belakang rumah
Rasanya sedap dengan baunya yang wangi.
Let's try masak

KUIH PUTERI MANDI

Bahan-bahan
2 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu teh air kapur/pilihan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
air
pewarna pilihan

Bahan kuah
2 cawan kelapa parut muda
1 keping besar gula melaka
air secukupnya
gula dan garam secukup rasa
2 helai daun pandan

untuk merebus
air
2 helai daun pandan

Cara membuatnya
Bahan Kuah kelapa

  • Didihkan air,garam ,melaka dan daun pandan.
  • Masukkan kelapa muda parut dan kacau rata.
  • Tambah gula jika perlu dan masak dengan api sederhana sambil sentiasa di kacau.
  • Bila masak,ketepikan.
  • Didihkan air dan masukkan dua helai daun pandan.
  • Gaul semua bahan di dalam mangkuk kecuali air.
  • Masukkan air sedikit-sedikit sambil di gaul hingga dapat doh tak lekat di tangan.
  • Bahagikan kepada beberapa warna jika suka.
  • Gentel bentuk bulat kecil-kecil dan tekan di tengahnya sedikit.
  • Masukkan ke dalam air mendidih.
  • Bila timbul,angkat guna penapis dan masukkan ke dalam air biasa untuk elak ia melekat.
  • Buat sampai habis toskan kesemuanya.
  • Gaul rata kesemuanya di dalam kuah kelapa muda.
  • Sedia untuk di hidangkan.

Jumaat, 5 Jun 2020

IKAN MASAK TOMYAM

Assalam buat semua..
Macam-macam resepi dah saya cuba masak Ikan Siakap ni.
Salah satunya Ikan Siakap masak Tomyam.
Rasanya yang masam-masam manis sesuai sahaja di makan buat hidangan tengahari.
Kalau time mood memasak tu datang,ada saja resepi baru yang saya cuba buat.
Kalau menepati selera nanti saya akan ulang lagi.
Begitu lah..try and error.
Let's try masak.

IKAN SIAKAP MASAK TOMYAM

Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap sederhana besar
1 kiub pati Tomyam/1 paket pes Tomyam
1/2 labu bawang besar-di hiris
1 labu bawang putih-cincang halus
2 inci halia-hiris nipis
daun limau purut
cili padi-ketuk
1/2 kiub pati ayam
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar jus limau nipis
1 batang serai-di ketuk
2 biji asam boi merah
1biji tomato-potong kiub
akar ketumbar-di bersihkan

Cara membuatnya
  • Bersihkan ikan,buang sisiknya,lumur dengan serbuk lada sulah dan lada hitam.
  • Didihkan air dan masukkan ikan sekejap sahaja.Toskan*tujuan untuk buang rasa hanyir ikan.Jika suka masak terus,tidak perlu cara ini.
  • Masukkan air ke dalam kuali besar(jika ikan di potong dua,boleh guna periuk saja) dan kesemua bahan lain.
  • Tunggu hingga kuah Tomyam mendidih,baru masukkan ikan.
  • Biarkan ia mendidih sekali lagi,masak dengan api sederhana.
  • Sesuaikan rasanya dan boleh lah di angkat.
  • Sedia untuk di hidangkan.

Ahad, 31 Mei 2020

AISKRIM MANGGA

Assalam buat semua.
Hari ini 31 Mei 2020.
Hari di mana pada suatu masa,50 tahun lepas saya di lahirkan.
Alhamdulillah dengan segala rezeki kesihatan dan kelapangan waktu yang Allah kurniakan selama ini.
Hari ini saya kongsikan satu resepi Aiskrim mudah.
Buah Mangga tengah banyak di jual di Kota Bharu sekarang ini.
Harga mengikut jenis buah,yang saya beli ini Mangga Cuanan Rm 10 untuk 3kg.
Nak cepat di habiskan macam-macam saya buat.
Salah satunya,Aiskrim Mangga.
Saya letak mangga banyak-banyak,best jer makan mangga sejuk tu di musim panas ni.
Let's try buat.

AISKRIM MANGGA

Bahan
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat/ikut manis sendiri
1 sudu besar ovalette
1 sudu teh creamy vanila/esen vanila
1 sudu kecil tepung jagung
potongan buah Mangga

Cara membuatnya

  • Campurkan kesemua bahan dalam bekas kecuali potongan mangga.
  • Putar dalam mixer dengan kelajuan tinggi ataupun boleh juga guna blender.
  • Adunan akan kelihatan gebu dan ringan.
  • Masukkan ke dalam bekas sesuai dan masukkan Buah Mangga.
  • Bekukan semalaman di dalam freezer.
  • Sedia untuk di makan. 

Khamis, 28 Mei 2020

ROTI KERCA

Assalam buat semua
5 Syawal dan Selamat Hari raya Aidil Fitri buat semua.
Sambutan hari raya tahun ini serba ringkas sahaja,lagipun saya bertugas pada hari raya kedua.
Tiada kunjung-mengunjung dan tiada orang datang ke rumah.
Tapi saya menyediakan sedikit juadah untuk anak-anak seperti sebiji Kek Pandan Gula Melaka,Bakso,Mango Float dan Roti kerca.
Semestinya tak lupa juga biskut raya yang di buat awal-awal lagi.

Roti Kerca di katakan hidangan yang cukup popular di kalangan kerabat diraja dan bangsawan.
terutama di utara satu ketika dulu.
Ia seperti lempeng yang di makan dengan kuah Kari daging cincang serta bawang goreng dan daun bawang.
Roti kerca yang saya buat ni di makan dengan Kari ayam atas permintaan anak-anak.
Resepi dari Siti Nurhaliza.
Let's try buat.

ROTI KERCA

Bahan
1/2 kg.tepung gandum
3 biji telur
air
garam

minyak sapi

Cara membuatnya

  • Kacau sebati semua bahan kecuali minyak sapi dan kisar halus dalam blender.
  • Pastikan bancuhan betul-betul cair.
  • Sapu sedikit minyak sapi pada kuali non-stick.
  • Letak satu senduk bancuhan tepung dan ratakan pada kuali.
  • Biar sehingga masak,angkat dan ketepikan.
  • Gulung roti tersebut dan gunting serong.
  • Sedia di makan dengan Kari daging cincang.

Sabtu, 23 Mei 2020

SLICE CHOCOLATE CAKE

Assalam buat semua..
30 Ramadan
Masih lagi dalam perintah PKP-B
Berpuasa dan beraya tahun ni dalam keadaan yang agak janggal sedikit kerana lain sedikit keadaaannya dari norma biasa.
Teruskan lah amalkan penjagaan diri dan orang -orang di sekeliling kita mengikut garis panduan yang telah di tetapkan.
Sedih betul nak berpisah dengan Ramadan yang hebat dan penuh dengan seribu RahmatNya ini.
Ingatkan boleh update resepi banyak sikit bulan ni
tapi tak kesampaian juga.
dek kesibukan tugas di hospital dan tugas di dapur.
Ok lah,hari ini saya kongsikan resepi kek coklat yang mudah ini
Let's try baking

SLICE CHOCOLATE CAKE

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik
**Semua bahan ini di ayak bersama.

1 cawan gula kastor
3 biji telur gred A
1 cawan susu cair
1 cawan minyak/butter cair
1 cawan air panas
1 sudu teh esen vanila

Cara membuatnya

  • Pukul telur dan gula hingga kembang.
  • Tambahkan esen vanila.
  • Masukkan susu dan minyak/butter cair.Kacau sebati
  • Kaup-balikkan bahan tepung yang telah di ayak tadi ke dalam adunan kek.
  • Akhir sekali,masukkan air panas dan kacau sebati.
  • Bakar selama 45 minit dengan suhu 160'c bergantung pada jenis oven masing-masing.
  • Adunan kek ini juga boleh di kukus.
Untuk topping
1/2 cawan serbuk koko
4 sudu besar susu pekat manis/ikut kemanisan sendiri
2 sudu besar mentega
1/4 cawan air

Masak semua bahan di atas api sederhana sambil di kacau sebati.
Jika pekat sangat boleh di tambah sedikit air
Bila kek sejuk,curahkan topping di atasnya dan tabur hiasan jika suka.
Potong kepada kepingan

Jika ingin guna Buttercream coklat
1/2 cawan butter
1/2 cawan krimwell
1/3 cawan gula aising
1 sudu kecil coklat emulco.

Putar kesemuanya hingga gebu
Sedia untuk di sapu pada kek.

Jumaat, 15 Mei 2020

PUDING FRUITI

Assalam buat semua..
23 Ramadan
Puding ini menggunakan buah-buahan segar seperti tembikai,Mangga dan Kiwi.
Buah-buahan lain pun boleh juga atas pilihan sendiri.
Buah dalam tin pun sesuai juga jika tiada buah segar.
Saya buat Puding ini sebagai dessert untuk berbuka puasa.
Let's try buat.

PUDING FRUITI

Bahan lapisan atas
Agar-agar serbuk(10 gm.)
900 ml.air
gula secukup rasa
potongan buah-buahan segar(tembikai,mangga ,kiwi dan lain-lain)

Bahan lapisan bawah
Agar-agar serbuk(10gm.)
700 ml.air
1 tin susu cair
susu pekat manis atau gula secukup rasa
sedikit garam
pewarna jika suka

Cara membuatnya

  • Masak lapisan buah(atas) dahulu.
  • Bila mendidih,matikan api dan masukkan agar-agar ke dalam acuan sesuai.
  • Masukkan buah-buahan potong dan sejukkan.
  • Masak lapisan bawah hingga mendidih.
  • Bila lapisan atas telah beku,goreskan dengan garfu.
  • Tuang lapisan bawah yang panas perlahan-lahan.
  • Sejukkan dahulu sebelum di masukkan ke dalam peti sejuk.

Isnin, 11 Mei 2020

UDANG MASAK DIRAJA

Assalam buat semua..
18 Ramadan
Selamat berbuka puasa.
Ramadan yang terindah, yang sentiasa membuat saya rindu akan kehadirannya setiap tahun.
Alhamdulillah dikurniakan kesihatan sebaiknya.
Lauk berbuka ni...bila dah namanya Udang,masak apapun sedap.
Resepinya mudah sahaja dan bahan-bahan pun semua ada di dapur.
Let's try masak.

UDANG MASAK DIRAJA

1/2 kg.Udang saiz sederhana

Bahan kisar
4 biji bawang merah besar
4 ulas bawang putih
4 tangkai cili kering
2 inci lengkuas
1 inci halia

Bahan lain
2 batang serai-di ketuk
1 keping asam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu kecil gula perang
1 cawan santan pekat
garam secukup rasa

Cara membuatnya

  • Basuh Udang bersih dan toskan.
  • Tumis bahan kisar sampai naik baunya.
  • Masukkan serai ketuk.
  • Masukkan Udang dan gaul rata.
  • Masukkan Santan pekat,Serbuk kunyit,Gula perang,Asam keping dan garam secukup rasa.
  • Biarkan Udang masak,sesuaikan rasanya dan bolehlah di angkat.

Sabtu, 9 Mei 2020

JUS MANGGA SUSU

Assalam buat semua..
Ramadan 16
Sekarang ni Mangga memang banyak di jual dalam bulan puasa ni.
Macam-macam boleh dibuat-daripada jus minuman hingga lah ke puding dan kek.
Saya peminat Mangga,kalau boleh hari-hari nak makan.
Hari ini saya kongsikan resepi jus dari Mangga
Simple saja,buat buka puasa.
Let's try buat.

JUS MANGGA SUSU

Bahan
1 biji mangga
2-3 sudu besar susu pekat manis
ais kiub
air masak

Cara membuatnya

  • Bersihkan buah mangga,kupas kulitnya dan potong
  • Masukkan mangga,susu pekat manis,ais kiub dan air masaknke dalam pengisar.
  • Kisar kesemua bahan sehingga halus dan pekat.
  • Tambah ais kiub dalam gelas semasa menghidang.
  • Jika suka boleh tambah aiskrim vanila.

Jumaat, 8 Mei 2020

KEK BATIK INDULGENCE

Assalam buat semua
Ramadan ke-15
Alhamdulillah di atas segala kurniaanMu ini,di berikan kesihatan yang baik untuk terus berpuasa.
Hari-hari masak,walau sedikit penat tetap juga puashati sebab anak-anak makan dengan berselera.
Suka juga sebab anak-anak saya makan masa berbuka sahaja,jadi tidak perlu sediakan makanan untuk moreh.
Selepas berbuka boleh terus rehat dan menghabiskan sisa malam dengan Allah.
Jom tengok resepi Kek Batik ini,kesukaan anak-anak saya.
Let's try buat

KEK BATIK INDULGENCE

Bahan
300 gm Biskut Marie-patahkan
100 gm butter
1/2 cawan Milo
1/2 susu pekat manis
1/2 cawanserbuk koko
1/2 cawan air masak
2 biji telur
esen vanila

Cara membuatnya
  • Masak kesemua bahan dengan api sederhana dan masukkan kedalam bekas biskut dan gaul rata.
  • Padatkan biskut ke dalam bekas sesuai dan masukkan ke dalam peti sejuk.
Lapisan Cheese
250 gm Cream cheese
1 cawan krim putar
1 sudu besar air panas
1 sudu kecil gelatine

Putar Cream cheese dan krim putar hingga lembut dan bergaul rata
Masukkan gelatine yang telah di campur air panas.
Kacau rata dan sebati.
Tuang ke atas lapisan biskut tadi
Simpan dalam peti selama 4 jam

Coklat Ganache
200 coklat compound
125 gm krim putar
1 sudu besar butter
1 sudu besar air panas
1 sudu kecil gelatine
  • Cairkan coklat dengan kaedah double boil.
  • Masukkan krim putar dan butter.Kacau rata
  • Akhir sekali masukkan gelatine yang telah di larutkan dengan air panas.
  • Curahkan ke atas lapisan cheese.
Masukkan ke dalam peti sejuk semula hingga lapisan set.
Potong dengan pisau yang di celup dalam air panas untuk mendapatkan potongan yang kemas.

Ahad, 26 April 2020

AYAM KUNG PAO

Assalam buat semua
3 Ramadan
#stayathome
#staysafe
Hari ini saya kongsikan satu lagi resepi ayam kesukaan anak-anak iaitu Ayam Kung Pao.
Ia berasal dari Sichuan,merupakan hidangan stir-fry berasaskan ayam dan kacang di gabungkan dengan sayuran dan sos.
Sesuai untuk hidangan berbuka atau bersahur
Tetapi dalam resepi ini saya tidak meletakkan sayuran.
Let's try buat.

AYAM KUNG PAO

Bahan perap
1 keping dada ayam-potong dadu
2 sudu besar kicap
1 sudu teh minyak bijan
tepung jagung
garam secukup rasa
serbuk lada hitam/lada putih

Bahan tumis
1/2 inci halia-cincang
3 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering-potong seinci dan rendam air

Bahan sos
2 sudu besar kicap
air bancuhan tepung jagung
1 sudu kecil gula perang

Cashewnuts/peanuts-saya guna ready pack
hirisan daun bawang/sup

Cara membuatnya

  • Goreng Cashewnut dengan minyak dan ketepikan.
  • Ayam di potong dadu,gaul dengan kicap manis,sedikit garam.serbuk lada hitam/lada putih dan tepung jagung.
  • Perapkan selama 30 minit.
  • Goreng ayam separuh masak dan ketepikan(jangan goreng ayam terlalu lama).
  • Keluarkan lebihan minyak,biarkan dalam anggaran 3 sudu minyak dalam kuali.
  • Tumis halia,bawang putih hingga naik bau.Masukkan cili kering.
  • Masukkan ayam,sayuran jika ada dan cashewnuts
  • Kacau rata dan masukkan bancuhan sos.Biarkan selama 1-2 minit lagi.
  • Angkat dan taburan hirisan daun bawang(saya guna daun sup)